Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bilangan Kematian Akibat Gempa Bumi Di Mexico Meningkat 149 Orang


Bilangan kematian akibat dari gempa bumi kuat di Mexico City telah meningkat seramai 149 orang mengikut laporan agensi perlindungan awam.

Gempa bumi berukuran 7.1 itu telah memusnahkan kawasan penempatan penduduk.

Presiden Enrique Pena Nieto berkata, 27 bangunan dilaporkan runtuh akibat gegaran itu.

Berdasarkan Claudia Meneses, seorang doktor gigi yang berada di klinik di kawasan kejiranan Lindavista ketika kejadian berkata, orang ramai berada dalam ketakutan amat sangat susulan bencana itu.

"Kami sedang berusaha untuk pergi ke bangunan yang runtuh untuk melihat jika ada bantuan yang diperlukan," katanya.

Gempa bumi berukuran 7 atau lebih dianggap sebagai kuat dan berpotensi menyebabkan kemusnahan besar.

Laporan awal menunjukkan negeri Morelos di bahagian selatan mengalami kemusnahan dan jumlah kematian terbesar setakat ini dengan sekurang-kurangnya 50 orang disahkan maut.

Ini adalah gempa bumi kuat kedua melanda Mexico bulan ini, selepas 98 orang terbunuh dalam bencana yang sama di selatan Mexico, 7 September lalu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli