Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bibi Ramjani Ilias Khan Berjaya Rangkul Jawatan Presiden KAFA

No Comment

Kota Bharu-  Bibi Ramjani Ilias Khan, diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63.

Usahawan wanita ini merupakan wanita pertama yang berjaya merebut jawatan Presiden KAFA dengan undian sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Naib Presiden KAFA iaitu Muhammad Nasir yang memperoleh sebanyak 19 undi.

Meskipun pada awalnya proses pengundian terpaksa dilakukan dua kali kerana jumlah undi yang diperoleh Bibi Ramjani pada kali pertama meraih 32 undi dimana jumlah tersebut tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 35 bagi jawatan presiden.


Bagaimanapun, keputusan muktamad 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.

Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan Timbalan Presiden KAFA memaklumkan proses pengudian berakhir pada jam 6 petang pada sidang media.

Datuk Seri Afandi turut berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas menewaskan Datuk Rosmadi Ismail.

Sementara itu, jawatan Naib Presiden, dimenangi tiga calon baharu iaitu, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali; Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.

Sumber- Berita Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli