Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Dilantik Sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad

2 ulasan

Prasarana Malaysia Berhad satu syarikat pengangkutan yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.

Syarikat ini memiliki dua buah aset transit rail, sistem monorel dan perkhidmatan kereta kabel di Malaysia.

Berikut adalah antara perkhimatan dibawah penguasaan PMB (Prasarana Malaysia Berhad) iaitu; Kereta api (Rapid KL) yang dikendalikan oleh Rapid Rail, bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Maka dengan tamatnya pelantikan Tan Sri Ismail Adam sebagai Pengerusi bagi prasarana tersebut,bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendapat pelantikan Sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia yang baharu. daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Duta Khas tersebut adalah untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha membasmi keganasan, ekstremis dan pemerdagangan manusia melalui kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

"Ini memandangkan pengalaman luas serta hubungan baik Tan Sri Abu Bakar dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara dalam menangani masalah itu," katanya.

Anak Kelahiran Negeri Sembilan ini telah menyertai pasukan polis bermula pada 5 Disember 1976 sehingga bersara pada 4 September 2017 mendapat pelantikan tersebut adalah untuk menggantikan tempat Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos 2017 lalu.

"Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam," katanya.

Sumber : Berita Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli