Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Aku Ditukar Sekolah Kerana Rotan Anaknya, Kesannya Anak Itu Kini Tidak Habis Sekolah Dan Menagih Dadah," Luahan Seorang Guru


Nampaknya begitu ramai mula terpanggil melihat remaja dan anak-anak muda kita ini semakin tenat, semuanya gara-gara berlakunya pembunuhan begitu tragis apabila tujuh orang remaja terlibat dalam jenayah terancang membakar sebuah pusat tahfiz yang mengorbankan 23 orang.

Remaja kita bukan seperti dahulu lagi, sejahat-jahat budak-budak dahulu tidaklah seteruk kini di mana anak-anak muda kini terdedah dengan pelbagai anasir-anasir yang tidak sihat termasuk penggunaan dadah.

Dadah memang merosakkan, kerosakan akibat dadah memang besar, ada ibu, bapa, nenek, datuk dan saudara sedarah daging mati ditangan penagih dadah ini.

Kes kecurian dari sekecil-kecilnya ke sebesar-besarnya turut melibatkan penagih dadah ini yang sentiasa memerlukan wang untuk membeli bekalan dadah mereka.

Sebuah luahan admin terbaca hari ini, diluahkan oleh seorang guru yang terpaksa kami rahsiakan namanya, di mana gara-gara merotan seorang muridnya dulu, dia telah ditukar sekolah selepas ibu bapa 'anak manja' itu melakukan laporan polis.

Dan akibat terlalu manja tidak boleh dirotan itu, anak mereka menjadi lebih besar kepala, tidak habis bersekolah dan kini menjadi penagih dadah.

Jom kita baca luahan beliau.

Saya Cikgu dan Kisah Bakar Tahfiz.

Sebagai seorang guru, kini saya melihat bekas seorang murid saya yang kini berusia lewat belasan tahun. Dia sekarang hisap dadah, sangat degil, samseng dan tidak habis bersekolah.

Masa dia darjah 5 dulu, kerana murid inilah saya dengan tidak adil ditukarkan sekolah oleh PPD kerana ayah dan ibunya buat laporan polis kerana saya merotan anaknya.

Ketika itu, saya merupakan guru sejati yang sentiasa hasilkan keputusan UPSR luar biasa untuk sekolah saya. Jiwa dan raga saya hanya untuk dunia pendidikan. Makan tidur dan segalanya di sekolah.

Kini saya hanya pegawai kerajaan dalam bidang pendidikan yang menunggu gaji setiap 25hb. Semoga cikgu-cikgu di Malaysia terus cekal, jangan jadi macam saya.

Yang 7 Orang remaja bakar tahfiz tu salah guru juga ke?


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Anak sy belajar di sekolah cina. ada cikgu melayu pkl anak sy dan nak jumpa sy kerana tak malas dan tak bt kerja sekolah. Apabila sy jumpa cikgu melayu tu sy dengar dan menyokong tindakan cikgu tu kerana apa yg cikgu tu bt adalah baik utk mengajar anak murid.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli