Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Tempat Menarik Untuk Makan Cendol di Malaysia

Foto: Cuti.lah

Bila datang hari panas, kelembutan dan kehijauan cendol akan mula memberi signal kepada minda untuk berhenti seketika di gerai-gerai cendol berdekatan supaya boleh menghilangkan rasa kering di tekak.

Tapi cendol bukannya sejenis makanan yang dimakan tiap-tiap hari, jadi bila rasa nak makan tu, haruslah pilih yang mana terbaik.

Jadi berdasarkan pengalaman dan kata-kata orang sekeliling serta media sosial, kami bawakan antara 7 tempat menarik untuk makan cendol.

1 - Mel's Corner Cendol Durian, Batu Caves

Bagi yang berada berdekatan dengan Batu Caves, bolehlah singgah di Mel's Corner Cendol Durian. Kedainya tidak besar, tapi rata-rata pengunjung memberikan komen yang positif tentang rasa cendolnya.

Ini rupa cendol dia.


Nampak kuning-kuning tu? Itulah keistimewaan cendol di Mel's Corner.

2 - Cendol Din, Shah Alam

Tempat ni antara port yang terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar di Shah Alam. Tapi sebelum dapat rasa cendol dia, kena faham erti kesabaran sebab perlu beratur panjang dulu.

Apa yang menarik pasal cendol Din ni adalah kuahnya berwarna putih teruk! Sangat menyelerakan.



3 - Coolblog, dimana-mana


Jadi, kalau anda tiba-tiba mengidam nak makan cendol, anda boleh pergi ke mana-mana Coolblog berdekatan dan order cendol.

Bunyinya memang sedikit rare tapi Coolblog memang ada menyediakan dessert tempatan. Selain Cendol, mereka juga ada sediakan ABC, Teh Tarik Ais dan lain-lain. Lagi best, cendol durian pun ada diorang jual.

Ni rupa cendol diorang.



Hasil survey kami di media sosial, yang pernah cuba cendol Coolblog ni kata cendol dia sedap. Penulis sendiri pun pernah cuba, memang sedap.


Terasa nak makan cendol? Cuma perlu buka Google Maps dan search Coolblog saja. Tak perlu bawa kereta jauh-jauh lagi.


4 - Cendol Bakar, Kuala Selangor



Kalau siapa-siapa yang pernah datang sini pasti tahu betapa penuhnya kedai ni sehinggakan ada 'drive-thru' diwujudkan bagi memudahkan pelanggan datang membeli cendol.

Rasanya ramai dah tahu macam mana sedapnya cendol ni, jadi tak perlu nak jelaskan lagi.

5 - Cendol Durian Raja Alang, Kampung Baru, KL

Lagi-lagi durian. Tapi nak buat macam mana kan? Durian memang sinonim dengan cendol. Selepas pulut, cendol-lah yang paling sesuai dimakan bersama durian.

Satu lagi destinasi cendol sedap adalah di Cendol Durian Raja Alang di Kampung Baru, KL. Boleh tahan beratur juga cendol ni.




Lainnya Cendol Durian Kampung Baru ini adalah mereka juga ada sediakan servis penghantaran yang akan dibungkus siap-siap dalam cawan, tapi dalam cawan tu akan ada buah durian. Slurrp.

6 - Professor Cendol, Gong Badak, Terengganu

Professor Cendol di Gong Badak pernah menjadi viral disebabkan taktik jualannya iaitu bayar RM 2 dan makanlah cendol sampai kenyang! Selain Terengganu, Professor Cendol turut membuka cawangan-cawangan di tempat lain. Difahamkan terdapat 15 cawangan di seluruh Malaysia.


Nak tahu dimana Professor Cendol berdekatan anda, cepat-cepat buka Google Maps dan search 'Professor Cendol'.


7 - Cendol Pulut Jalan Chowrasta, Penang

Geng-geng Penang tak sah kalau tak pekena Cendol Pulut Jalan Chowrasta ni. Gerai Cendol Pulut, Jalan Chowrasta ni terletak di sudut Jalan Chowrasta penang.

Cari papan tanda macam dalam gambar dibawah ni:

Foto: weekendnotes
Menurut penulis weekendnotes, gerai Cendol Pulut ini pandai mengimbangi bahan-bahan di dalam cendolnya.

Hasil dari kesempurnaan itu, lahirnya cendol yang betul-betul tepat pada rasanya, sehingga anda perlu makan ke titisan yang terakhir - termasuklah kacang merah dia.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli