Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bocor Maklumat Siasatan Kebakaran Pusat Tahfiz, 13 Anggota Polis Dipanggil Beri Keterangan

No Comment

KUALA LUMPUR - Kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran  di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah mengundang Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan terhadap 13 anggotanya bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa berkata, keterangan daripada kesemua anggota berkenaan diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Enam daripada suspek positif dadah dan kesemuanya direman selama  tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Dalam sidang media khas semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu bahawa tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz itu.

Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta beberapa gambar suspek telah tular di media sosial sebelum sidang media itu diadakan kira-kira 8 malam.

Pada Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli