Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zed Zaidi Gunakan Ayat Macam Samseng- Nick Mikhail

3 ulasan

Selebriti dari Singapura iaitu Nick Mikhail Razak mengaggap Zed Zaidi sebagai seorang yang tidak profesional dalam tugasnya kerana berkelakuan seperti seorang samseng.

Nick Mikhail menyatakan dia tidak berpuas hati dengan zara Presiden Seniman itu memberi nasihat dalam satu rakaman video ketika disiarkan dalam sebuah blog hiburan mengenai isu rumah tangga Aliff Azi dan Bella Astillah yang hangat diperkatakan minggu lalu.

“Siapa yang mula dulu sekarang?  Kalau dia tak ketuk gendang, saya tak menari. Awalnya saya cuba untuk cool dan tidak mahu ambil ‘pot’ (kisah) tapi bila tiba satu part dia mengeluarkan kenyataan lebih kurang berbunyi: Lu buat sekali lagi, wa cari lu sampai dapat wa dapat wa bunuh,” saya rasa itu sudah melampau.

“Itu ayat selalu digunakan samseng dan sebagai rakyat Singapura saya rasa saya bertanggungjawab untuk menengur dengan cara yang sama," katanya.

Terdahulu, Persatuan Seniman pada Khamis lalu telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap Nick Mikhail kerana didakwa menggugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi dalam rakaman video dibuatnya.

Nick Mikhail telah melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak 17 tahun lalu dan dia berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan Seniman dan artis-artis di Malaysia melainkan Zed Zaidi sahaja.

Tambahnya lagi, selagi Zed Zaidi tidak menarik balik kenyataan yang dibuat umpama seorang gangster terhadap Aliff Aziz yang merupakan artis dari Singapura, selama itu dia tidak akan memaafkan perbuatan itu.

Nick yang pernah berlakon bersama filem Bicara Hati arahan Datuk Rosnani Jamil sekitar tahun 2004 menyatakan dia menyerahkan kepada pihak polis Malaysia untuk menentukan sama ada dia bersalah atau tidak selepas pihak Seniman membuat laporan.

Sumber- mStar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami AJOQQ
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya. pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli