Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'PM Tepi' Tak Salah Jika Peniaga Papar Semua 8 Kriteria Ditetapkan KPDNKK

4 ulasan

Golongan peniaga dalam talian wajib memaparkan lapan kriteria perniagaan online di bawah Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin, sekiranya kesemua kriteria telah pun dipaparkan, tidak menjadi masalah untuk mereka 'PM tepi' dengan pembeli bagi penjelasan lanjut.

"Tak salah 'PM tepi' tetapi peniaga online wajib paparkan lapan maklumat ini iaitu nama penjual atau syarikat, harga perlu dibayar, nombor pendaftaran perniagaan, maklumat untuk dihubungi, keterangan produk, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran. 

"Arahan ini bukan berniat menyusahkan peniaga tetapi bertujuan melindungi pengguna. 'PM tepi' ini tiada masalah asalkan lapan perkara ini ada. Ini maklumat asas urus niaga atas talian. 

BACA: Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat", KPDNKK Akan Buru Peniaga Online Yang Gagal Papar Harga Barang Dijual

"Jika semua ini dipaparkan kemudian peniaga dan pelanggan nak 'PM tepi' untuk penjelasan lanjut atau tawar menawar, itu terpulang kepada mereka," katanya dalam rancangan Ekspresi Khas di Bernama Radio.

Jelas Mohd Roslan, peraturan itu telah digubal pada 1 Julai 2013 tetapi masih belum  dikuatkuasakan sepenuhnya kerana mahu memberi ruang bagi peniaga online membiasakan diri sebelum harus mematuhinya.

"Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk dilaksanakan kerana ia bertujuan mengawal selia urus niaga jual beli online. Hal ini dirasakan perlu kerana perniagaan online adalah urusan maya yang bermaksud pembeli tidak boleh menyentuh barang atau perkhidmatan itu secara fizikal, jadi peniaga perlu menjelaskan segala maklumat yang perlu diketahui oleh pelanggan dan tidak perlu 'PM tepi' untuk tahu perkara-perkara asas," ujarnya.


Tambah Mohd Roslan lagi, KPDNKK menerima banyak laporan membabitkan kes penipuan pengguna pada tahun 2012 dan tahun sebelumnya. Contoh penipuan yang terjadi ialah beli telefon bimbit tetapi yang sampai pada pembeli adalah lesung batu. Paparan harga yang tidak jelas telah membuat pengguna keliru dan tertipu.

Oleh itu, peraturan berikut segera dilaksanakan bagi melindungi pengguna dan menetapkan etika dalam perniagaan online.

Peniaga online yang didapati bersalah dan ingkar dengan peraturan boleh didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara ke atas individu dan RM100,000 bagi pertubuhan.

Sumber- Sinar Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli