Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Serendah RM1089, Gadis Ini Kongsi Itinerary Menarik Percutian Mewah Atas ‘Starcruise’ 4D3M Penang-Phuket-Krabi-Penang

3 ulasan

Kebiasaan bagi kita jika ingin pergi bercuti sudah pasti akan menggunakan sama ada pengangkutan darat sekiranya dekat dan boleh dilalui, atau pun pilihan lain yang selalu dibuat dengan menggunakan pengangkutan udara.

Ianya dilihat lebih cepat dan mudah sekiranya menaiki kapal terbang kerana boleh terus tiba ke destinasi yang dituju sekiranya ia berada berdekatan tanpa perlu transit di mana-mana.

Namun begitu, perkongsian dari Anis SyaHira ini sedikit sebanyak memberikan satu keunikan kerana pergi bercuti dengan menggunakan pakej ‘starcruise’ dari Pulau Pinang-Phuket-Krabi-Pulau Pinang.

Anis telah kongsikan akan pengalaman menaiki ‘starcruise’ ini serta sedikit sebanyak akan itinerary serta fasiliti dan aktiviti di atas kapal ketika belayar.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Ship Boarding at Swettenhem Pier Penang. One of the earliest check in. Excited bak ang!!

Hai, this post to share my review and tips kepada sesiapa yang plan untuk naik Starcruise Libra 4D3N Penang -Phuket – Krabi – Penang. Harap ianya membantu.

Embarkation and Disembarkation🛳 :

Embarkation untuk 4D3N Penang -Phuket-Krabi – Penang adalah setiap hari Ahad di Swettenham Pier, Penang International Cruise Terminal (PICT). Ship check-in akan bermula pukul 1.00pm. Be early kalau tak nak tertinggal kapal sebab last boarding pukul 3.30pm.! Disembarkation pada hari rabu pukul 12.00pm di port yang sama.

Choices of Cabins :

Ada banyak jenis pilihan cabins, antaranya Inside stateroom, oceanview cabin, deluxe oceanview, suites, etc.

For this trip saya pilih inside stateroom (no window) sebab ni pilihan cabin yang paling murah berbanding cabin2 lain dan cabin ni boleh accommodate 2/3 person. Just nice. Sebab most of time akan berada di luar cabin menikmati pemandangan dan angin laut ataupun sibuk merasa setiap on board facilities and entertainment.

Budget:

Kalau bercuti, budget is important! For starcruise, budget is based on your choices of preferable cabin categories and the prices might be varies based on promotion and season (low/mid/peak season).

Kalau nak beli tiket, korang kena survey-survey dekat page starcruise atau mana-mana page travel agent yang offer pakej cruise. Macam kitorang dah beli tiket masa MATTA fair 2017. Below is the breakdown package that we got.

Our cabin (inside stateroom). *More light actually tp lupa nak on. Heee

Rm1089/person (low season)

Include – 3 nights accomodation ( inside stateroom)

- meals (5x meals on board)
- port charges
- tour phuket and krabi

Not include – gratuity fee rm150/person. (Gratuity fee kena bayar on board before check out.)

- Lunch di krabi
- Apa-apa entertainment and drinks that chargeable on board
- Survenior and own expenses at phuket and krabi

Kalau nak dapat tiket murah korang kena la rajin-rajin survey ye atau serbu next MATTA fair. Huuu

2Access card. You may keep this access card as survenior after the cruise.

Access Card: 

Semasa check in each passengers akan diberi access card with your name on the card. While your passport akan diserahkan kepada crew kapal sehingga hari terakhir cruise. 

So Access card ni sangat penting ye! ☝Kena swap setiap kali leave or enter the ship and also setiap kali waktu makan, for verification and safety purpose. Kalau takut tercicir access card ni, pakai la lanyard..

Facilities and Activities :

Ada macam-macam facilities, entertainment and activities on board. Boleh refer daily bulletin ‘Star Navigator’ to get update setiap on board entertainment, activities and importance notes. 

Star navigator daily bulletin.

Antara facilities yang ada - restaurants, gymnasium and KTV (deck 10), swimming pool, jacuzzi and bars (deck 9), jogging track and basketball court (deck 6), Salon and spa (deck 4), Resorts world at the sea 

* haaa.paham2 lah kan tempat ape ni ye..hehe dan banyakkkkk lagi... So jangan risau kalau bosan. 😁

Wifi facility on board ada disediakan with charge ye...atau boleh roaming bila dah sampai dekat thailand nnt. Itu pun line mcm ada takde je ,biasa lah atas laut.....huhu

Meals 🍽:

Ada 5x meals onboard setiap hari based on a full day itineraries. (Breakfast/Lunch/Afternoon Tea/Dinner/Supper).

Passengers bebas untuk pilih nak makan di mana-mana F&B restaurants onboard with different cuisines, such as Japanese, Chinese, Southeast Asian cuisines, etc. 

Halal restaurant hanya ada dekat Spice and Blue Lagoon restaurant je (deck 10). Tapi most of the time kita orang makan buffet di mariner buffet (deck 9). Makanan dia memang 5 stars .! Sebab tu berat aku pun naik 2 kg.! 😭 Huhu

Malam terakhir atas Starcruise ada Gala Dinner. Kena buat reservation on board and this is based on first come first served basis because of the limited seated.

Shore Exercusion🏖 :

Bagi yang ambil pakej starcruise yang tak include tour Phuket and Krabi, dekat on board pun ada tawarkan pakej tour or snorkeling di Phuket and Krabi. Of course its chargeable. 

Tapi kalau nak berjalan sendiri pun boleh sebab di port nanti akan ada banyak teksi/tuk tuk yang menunggu.

Tapi diingatkan ye...☝sesiapa yg nak round Phuket and Krabi sampai puas, better naik flight je dan menginap kat sana. Sebab bila naik starcruise ni, time sangat limited. kena patuhi diorg punye boarding ship time kalau tak nak tertinggal kapal 🛳

***********************************************

Itinerary 🛳

Day 1 (Sunday) -

1.00pm ship check in di Swettenham Pier Penang. Boarding je terus ada afternoon snack dkt mariner buffet.

5.00pm Departure. At the same time ada safety drill (attendance is compulsory)

6.00pm Welcoming dance and bbq dinner at pool deck. 💃💃

7.30 pm tengok sunset dekat deck 10. 🌅

Malam-malam ada macam-macam entertainment macam magic show, tayangan blockbuster movie, etc. Dont miss it.! Refer star navigator bulletin.

11.30pm supper


Video Sebelum berlabuh di port phuket. Cantiknya warna air laut

Day 2 (Monday) -

7.30 am sunrise and breakfast dekat mariner buffet.

Pagi-pagi pun ada macam-macam activities such as senaman aerobik dekat pool deck, activity for kids n banyak lagi.

12.00pm tiba di port phuket. Make sure have lunch before disembarkation.☝ Lunch pkul11.00am pun dah ada

For Phuket tour, kitorg pegi Cashew nut factory, honey Bee farm, chalong temple, promthep cape, patong beach and jungceylon shopping mall.

Phuket, Thailand

Chalong temple

 Promthep cape

Promthep cape

Please ber remind all passenger must back on board not later that 12.59pm ship’s time. Departure from phuket on 1.00am

Kalau on board awal boleh la dinner and supper on board. Jimat duit..

Day 3 (Tuesday) -

Gala dinner. Makan Lobster haaa..

7.30 am sunrise and breakfast dekat mariner buffet .

Different from phuket, Nak ke krabi, kapal hnya akan berhenti di tengah-tengah laut. Tendering boat to krabi will start early 10.30am. 

Due to limited capacity of boat, kena collect tendering sticker dekat reception counter (first come first served basis)

For krabi tour kitorg pegi Ao Nang beach shopping & lunch, Tiger cave temple and last sekali mud crab scupture.! Xsempat snorkeling pun...huhu


Video Tender boat from shore going back to the ship.

Time free and easy kat krabi memang sangat limited sebab last tender boat from shore going back to ship is at 5.30pm ship’s time! Perjalanan atas tender boat dalam 30mins.

6.30 pm Gala dinner! Code dress : smart casual

Malam tu boleh la berjimba2, last night kan..haha.ada farewell party cocktail, dance and late supper dkt pool deck.💃💃

Akhirnya, banana pancake di Ao Nang Beach, Krabi

Day 4 (Wednesday) -

7.30 am sunrise and breakfast dkt mariner buffet.
Huwaaa last day dahhhh!!!😭😭

Before disembarkation, ada check out procedure and bill settlement that have to follow. Dah settle-settle bill, pastu dah boleh collect passport.

12.00 pm arrival at Penang and check out. Bye2!! 👋👋

THE END

Notes:

* this is not 1 night trip Penang – Penang. Package price and itenarary might be different.

* cabin crew is from international country. most of the cabin crew come.from philipines. They all speak in English with their tagalog accent. Hehe

* Bagi yg meragui status ‘kebersihan’ on board restaurant, korg boleh amik pakej pelayaran Islamik. InsyaAllah diorg samak dulu. 

Kebetulan masa kitorang pegi ni sekali dgn program pelayaran islamik. Ada Hafiz Hamidun tau. Hahah..so nampk la ramai muka-muka Muslim dan tidak diragui ‘kebersihan’ nya.

* unfortunately masa ktorg pegi (end of july) cuaca di lautan andaman is not good. Bergoyang kapal kena ombak. Cuaca dkt phuket and krabi pun not really good. Angin kuat dan hujan. red flag dkt pantai. Huhu 😢

* ship’s time is malaysia time. 🕐 Please be remind DO NOT rely on smart phones that are set to automatic time zone. Time thailand kan lewat sejam..

* last but not least, Kalau nak beli tiket, korang survey2 la dekat page starcruise atau mana2 page travel agent yang offer pakej cruise. Compare mana2 yg patut. (Some of dah include port charges and tour phuket and krabi, some of not). Choose wisely.

* kalau panjang umur, ada jodoh, nak pegi dengan suami pulak. Naik starcruise virgo ke, gemini ke, aquarius ke..Eh hee Amin ya rabal alamin 😁

* maaf bahasa rojak. I have a lot of mixed.! *Just kidding 😝

Video Tour pool deck and deck 10 (deck 10 is my favourite deck 😍)

Jogging track (Deck 6). 1 lap 348m. *If i not mistaken. Xjogging pun. Kapal beria bergoyang mcm mana nk jogging. Hahah

Basketball court (deck 6)

Safety drill (attendance is compulsory)

First time dpt tengok sunset secantik cmni. 😍SubhanaAllah

Night view pool deck

Sunrise

- Siakap Keli

BACA: Bercuti Ke Melbourne, Australia, Ini 5 Tip Yang Perlu Dititikberatkan Sebelum Melangkah Keluar Dari Lapangan Terbang, Melbourne
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di AJOQQ*COM agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli