Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gelagat Hakim 'Sporting' Menyelesaikan Kes Dapat Perhatian Dunia

2 ulasan

Seorang hakim di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat menjadi tumpuan apabila caranya mengendalikan kes mahkamah telah mendapat perhatian dunia.

Hakim Frank Caprio seorang yang lucu dan bermurah hati terutamanya kes mahkamah yang membabitkan kanak-kanak. Namun begitu, beliau tetap berlaku adil dalam keputusannya ketika menjatuhkan hukuman.

Kes yang menjadi perhatian ramai membabitkan seorang wanita yang didakwa melanggar lampu isyarat merah pada Mac 2016. Ketika kes itu dibicarakan di mahkamah, wanita tersebut hadir bersama anaknya, Alexa yang berusia 8 tahun.


Keterangan Alexa turut memainkan peranan penting dalam keputusan Caprio.

Caprio: Nampaknya, ada gadis yang ingin melindungi anda, memegang tangan anda.

Ibu Alexa: Ya.

Caprio: Siapa nama, adik?

Alexa: Alexa.

Caprio: Alexa?

Alexa: [Mengangguk]

Caprio: Alexa ada di sini untuk tolong emak? Alexa boleh datang ke sini dan cuba menolong saya?

Selepas Alexa berdiri di sebelahnya, Caprio meminta Alexa memperkenalkan diri. Alexa turut memberitahu Caprio dia tidak menghadiri sekolah pada hari itu.

Caprio yang terkejut dengan jawapan Alexa meminta penjelasan sebelum berpuas hati apabila Alexa memberitahu dia mempunyai temu janji dengan doktor mata selepas itu.

Namun, Caprio terkejut sekali lagi apabila Alexa memberitahunya dia belum bersarapan.

Caprio: (Bergurau) Saya mungkin perlu menghubungi DCYF (Jabatan Kanak-kanak, Belia dan Keluarga)... Kami tiada makanan di sini sekarang tetapi selepas saya denda ibu kamu dan jika dia tidak cukup wang selepas itu, Inspektor (Ziggy) Quinn akan beli sarapan untuk Alexa. Kalau tidak, nanti kami cari jalan penyelesaian lain, ok?

Alexa: Ok

Alexa kemudian memberitahu cita-citanya menjadi seorang doktor haiwan selepas ditanya Caprio serta mengenai anjingnya bernama, Pineapple.

Selepas itu, Caprio meminta Alexa menonton rakaman kesalahan ibunya bersama-sama.

Caprio: Kami akan tonton televisyen ini. Emak dituduh melanggar lampu isyarat merah di persimpangan North Main Street dan Branch Avenue pada 10 pagi bulan lalu (Mac 2016). Anda akan tonton bersama saya dan tolong saya.

Alexa: Okay.

Rakaman kesalahan kemudiannya dimainkan untuk mahkamah dan kereta dipandu tertuduh dilihat melanggar lampu isyarat merah. Namun Caprio turut memerhatikan bahawa terdapat seorang lelaki di lokasi lampu isyarat itu.

Caprio: Alexa berada dalam kereta?

Alexa: Tak

Caprio: Apa yang patut saya buat? Patutkah saya melepaskan kes ini?

Alexa: Ya.

Caprio: Kenapa saya patut buat begitu?

Alexa: Sebab... mak takut dengan lelaki yang berada di situ.

Caprio: [kepada mak Alexa] Anda memberitahunya untuk mengatakan begitu?

Ibu Alexa: Tidak.

Caprio: [kepada Alexa] Jadi ada lelaki di situ dan emak takut jika dia berhenti kereta, lelaki itu akan buka pintu kereta dan meminta duit? Itu penjelasan Alexa?

Alexa: Ya.

Caprio: [kepada ibu Alexa] Bagusnya dia.

Ibu Alexa: Ya, memang bagus (sambil ketawa)

Caprio: Inspektor Quinn, apa pendapat anda? Anak perempuan (tertuduh) telah membuat rayuan yang bersemangat bagi pihak emaknya.

Quinn: Tuan Hakim, Alexa memang memberi keterangan yang baik dengan intonasi sewajarnya dan berhenti seketika apabila perlu. Memang keterangan yang baik.

Alexa: [kepada ibunya] Saya nampak patung saya dalam kereta.

Ibu Alexa: Dia menghiasai belakang kereta dengan patungnya jadi ia juga berada di dalam kereta.

Caprio: Jadi ada 'saksi' dalam kereta. [Kepada Alexa] Terima kasih kerana menolong saya dan terbaik anda berada di sisi saya.

Alexa: Terima kasih

Caprio: [Kepada ibu Alexa] Berdasarkan keterangan bersemangat Alexa, saya akan menolak kes ini. Belilah sarapan untuknya.

Ibu Alexa: Kami akan membli donut selepas ini. Terima kasih.

Kes yang dikendalikan Hakim Frank Caprio dirakam adiknya, Joseph dan ditayangkan menerusi program televisyen, Caught in Providence sejak 2000.

Ia turut dimuat naik di YouTube dan turut tular selepas dikongsi di Facebook juga.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli