Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gandingan Selebriti Terkenal Dan DJ Dalam Kecoh Suria Berjaya Buat Pendengar Tak Kering Gusi Ketawa


Seperti yang ramai pendengar radio Suria FM sedia maklum, stesen radio berkenaan telah menayangkan sebuah rancangan permainan Kecoh Suria yang berjaya buat pendengarnya tidak kering gusi ketawa.

Rata-rata peminat memuji rancangan ini diadakan di mana ia membuatkan mereka terhibur disebalik memainkan lagu samata-mata seperti stesen radio yang lain yang sudah pasti mendekatkan diri para peserta dengan pihak Suria sendiri.

Rancangan yang boleh ditonton di laman web Suria FM ini menggandingkan penyampai-penyampai Suria sendiri bersama beberapa orang selebriti jemputan termasuklah Shahrol Shiro, Zulin Aziz, Fizi Ali, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta penglibatan istimewa selebriti tanah air seperti Izzue Islam, Zarul Husin dan Amy Mastura.


Malah, setiap episod juga akan mempunyai juri jemputan seperti Azwan Ali, Saiful Apek, Pat Ibrahim dan Joey.

Bercakap mengenai permainan dalam segmen ini, ia memerlukan pesertanya menguji bakat mereka dalam bidang nyanyian, tarian dan berlakon.

Sebanyak tiga kumpulan yang terdiri daripada penyampai dan selebriti iaitu Kumpulan Karipap Kaboom, Kumpulan Cekodok Panas dan Kumpulan Nasi Lemak Power berentap selama empat minggu bagi merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM 10,000!

 Kumpulan Cekodok Panas

 Kumpulan Karipap Kaboom

Kumpulan Nasi Lemak Power.

Apa yang menarik perhatian admin sendiri adalah melihat gelagat DJ Lin yang kita tahu mengacarakan segmen jiwang, Suria Cinta, bukan senang nak tengok DJ Lin beraksi.

Untuk menentukan pemenang, anda sebagai peminat perlu mengundi di mana 50% keputusan adalah daripada pendengar dan 50% lagi diberikan oleh juri jemputan.

Bagi korang yang nak mengundi kumpulan pilihan korang boleh buat demikian di www.suria.my bermula pada hari Isnin sehingga Khamis.

Juara mingguan akan diumumkan di dalam segmen Suria Pagi pada jam 8 pagi dan bersiaran langsung di Facebook Suria @SuriaFMMalaysia.

Pendapat admin, kalau nak rasa betul-betul best kenalah tonton di Suria Kecoh dan jangan lupa undi.

Kecoh Suria telah bersiaran bermula pada 28 Julai 2017 sebanyak 5 episod dan dihoskan oleh penyampai radio Suria sendiri iaitu Bob Ringgo.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli