Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Cerita Pendek Dari SK Long Sepiling Muncul Juara Anugerah KWN, Atasi 18 Negara Lain



Cerita pendek dari Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Baram, muncul juara dalam kategori penceritaan terbaik dalam Anugerah Kid Witness News (KWN) anjuran Panasonic di Tokyo, Jepun pada Jumaat lalu.

Cerita pendek bertajuk 'Marung Usu' atau The Power of Hands itu berjaya mengtasi 18 negara lin yang bertanding; antaranya Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan Kanada.

Guru penasihat, Muhamma Saffuan Jaafar, 28, berkata kejayaan sekolah terbabit membuktikan sekolah di pendalaman mampu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Long Sepiling adalah satu daripada kawasan pedalaman di Baram dengan perjalanan kira-kira enam jam menggunakan pacuan empat roda dari Miri sebelum menaiki bot ekspres dari Marudi.

Menurutnya, kekangan daripada segi kemudahan Internet selain tiada kepakaran menggunakan kamera dan perisian suntingan tidak menjadi penghalang murid sekolah berkenaan mengungguli kategori berkenaan.

"Peralatan seperti kamera disediakan Panasonic dan kami diberi latihan dan perlu 'meneroka' kemudahan itu untuk menghasilkan video pendek yang menarik selain sarat dengan mesej kemasyarakatan.

"Kekurangan yang ada kami ambil sebagai pembakar semangat untuk buktikan murid di kawasan pedalaman juga setanding dengan negara maju lain asalkan ada kemahuan dan keazaman yang tinggi," katanya yang pergi ke Tokyo untuk menerima anugerah itu bersama murid Michael Nyamun, 11, dan wakil Panasonic Malaysia.

Video terbabit menceritakan tentang murid kudung menasihati rakannya supaya menjaga tangan dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh merisikokan termasuk bermain mercun.

Tonton video itu dibawah:


Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJO_QQ poker online terpercaya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli