Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Bimbang Produk Kosmetik Ada Racun Berjadual, Wanita Kongsi Cara Uji Sendiri Merkuri Dalam Produk Kosmetik Kita Pakai


Produk kecantikan seperti kosmetik memang tidak dapat dipisahkan daripada seorang insan yang bernama wanita, ini kerana lumrah bagi wanita itu sendiri cenderung kepada kecantikan.

Bagaimanapun perlulah seimbangkan cantik dari segi luaran dan dalaman, ada yang mengamalkan petua-petua asli orang terdahulu, namun kini dek perkembangan semasa dunia kecantikan, alat solek telah menjadi pilihan wanita seperti foundtion, highligter, mascara dan pelbagai lagi.

Namun, melihat ianya begitu mendapat sambutan di kalangan wanita, maka muncullah pelbagai produk di pasaran yang menawarkan pelbagai kelebihan tersendiri.

Namun, apa yang merisaukan, adakah kandungan produk itu selamat? bebaskah ia daripada racun berjadual iaitu merkuri yang amat merbahaya kepada pengguna dan orang sekitar.


Ada produk dah dapat sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tapi bila dilakukan pemeriksaan rambang produk di pasaran ada yang 'kantoi' produk mereka dah ada merkuri.

Tahukah anda produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Selain itu, jika produk mengandungi merkuri digunakan oleh ibu-ibu ada anak kecil atau sedang emngandung, ia boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.



BACA: 11 Bahaya Merkuri Dalam Produk Kosmetik Dan Makanan Terhadap Tubuh Dan Ibu Mengandung

BACA: Kementerian Kesihatan Dedahkan 162 Produk Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang

Jadi, tidak hairanlah KKM telah menyenaraikan beratus-ratus produk kecantikan yang ada dipasaran Malaysia yang merbahaya kerana mengadungi racun berjadual.

Terjumpa admin sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Nitequeen Myxog, beliau menunjukkan demontrasi bagaimana untuk menguji kehadiran merkuri dalam produk kosmetik kita guna.

Apa yang menarik, untuk menguji kehadiran merkuri ini, ia boleh dilakukan sendiri oleh kita, jom kita lihat video.


Beliau dalam pada itu berpesan kepada wanita diluar sana yang menggunakan produk kosmetik agar pastikan betul-betul produk yang digunakan tiada merkuri.

"Jangan main tenyeh je ke muka, jangan mudah percaya cakap orang yang kata produk mereka jual bebas bahan terlarang, kalau cerdik mesti terfikir, kenapa banyak produk kita kena banned dengan pihak kesihatan Brunei," katanya.

Jadi apa lagi, dah tengok video di atas cara nak test merkuri dalam produkkan, jadi bolehlah cuba, pergi farmasi beli Mobile Mercury Tester dan uji produk yang anda guna sekarang. - Siakapkeli.my

BACA: (Gambar) Tutorial Mekap Dari Syarikat Kosmetik Ini Buktikan Betapa Besarnya 'Kuasa Mekap' Berjaya Buat Wanita Nampak Lebih Cantik
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli