Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Benarkan Budak 10 Tahun Cuba Terbangkan Pesawat Di Udara, Juruterbang Dan Pembantunya Digantung Tugas


Seorang Juruterbang pesawat Algeria Air dan pembantunya telah digantung tugas dan kemungkinan kehilangan kerja selepas video mereka membenarkan seorang kanak-kanak lelaki menerbangkan pesawat penumpang ATR672 menjadi tular, lapor Daily Express.

Kanak-kanak daripada rumah anak yatim itu dipercayai telah dijemput oleh mereka bagi memenuhi impiannya yang mahu merasai duduk di bahagian kokpit pesawat dan cita-citanya juga ingin menjadi juruterbang apabila besar nanti.

Dia yang berpakaian kemas baju hitam putih dan seluar dengan memakai topi kapten telah dibenarkan duduk di atas kerusi pembantu juruterbang.

Berdasarkan video, kanak-kanak itu dilihat diberi peluang menolak butang penerbangan selepas bertolak dari Lapangan Terbang Wilayah Setif ke Lapangan Terbang Antarabangsa Algiers Houari Boumediene.

Mereka menjemput kanak-kanak selepas mendapat permohonan dari pertubuhan anak yatim di daerah berkenaan yang mahu memenuhi impian kanak-kanak itu di mana wartawan dari Al Bilad TV juga turut hadir memberikan liputan.



Mengetahui keadaan ini terjadi, pihak Algeria Air telah melahirkan kekecewaan dengan tindakan dua juruterbang tersebut dan terus mengambil tindakan menggantung tugas mereka.

Namun menurut netizen, video kanak-kanak berkenaan menolak butang penerbangan ketika itu adalah ketika pesawat belum lagi terbang, namun tidak dapat dipastikan kebenarannya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli