Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Undang-Undang Yang Menekan Wanita" - Hasrat Kedah Benarkan Poligami Tanpa Pesetujuan Isteri Pertama Ditentang


Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Kedah melalui Pengerusinya, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid telah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri Kedah akan menyelaraskan undang-undang syariah berkaitan poligami. Melalui penyelarasan tersebut, suami hanya perlu memaklumkan kepada isteri pertama jika berkahwin di luar negara dan persetujuan isteri pertama tidak diperlukan untuk perkahwinan tersebut. Namun kenyataan tersebut mendapat respon negatif dari ramai pihak terutamanya pihak pembangkang.

Rasional kepada penyelarasan ini adalah kerana terdapat banyak kes perkahwinan kedua tidak didaftarkan di dalam negara. Melalui undang-undang yang bakal digubal ini, perkahwinan kedua perlu didaftarkan di dalam negara.

Wanita Pakatan Harapan melalui ketuanya, Zuraida Kamaruddin membantah keputusan kerajaan negeri itu kerana mendapati undang-undang tersebut bakal menindas hak-hak isteri pertama selain wujud kemungkinan pengabaian tanggungjawab jika suami diberi kebenaran berpoligami.

Mereka mahu supaya kerajaan meletakkan syarat dalam penggubalan undang-undang yang menyatakan bahawa lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan sahaja dibenarkan berpoligami. Katanya,

“Oleh yang demikian, Wanita PH menolak undang-undang yang menekan hak-hak wanita atas alasan remeh.

“Wanita PH percaya terdapat langkah-langkah lain yang boleh digunakan untuk memastikan perkahwinan didaftarkan tanpa menggugat hak-hak wanita lain sekaligus memastikan undang-undang digubal selari dengan hukum syarie sedia ada,” ujarnya lagi.

Menurutnya, beberapa perkara penting berkaitan poligami harus dipandang serius bagi memastikan ianya menepati syariat Islam.



Walaupun Islam tidak meletakkan syarat kebenaran isteri pertama bagi membolehkan suami berpoligami, namun persetujuan mereka adalah amat penting bagi memastikan institusi kekeluargaan tidak berpecah. Zuraida berkata,

“Kebenaran ini adalah penting bagi memastikan hak-hak isteri pertama dan anak-anak seperti nafkah dan kebajikan terjamin dan terjaga.

“Isteri pertama harus dipanggil ke Mahkamah Syariah untuk diambil keterangan tentang kelayakan suami berpoligami supaya konsep keadilan yang disebut dalam al Quran, Surah An-Nisa ayat 3 dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Sumber : Utara News

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli