Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tolong Doakan Anak Saya Faiz Cepat Sembuh, Saya Belum Bersedia Untuk Kehilangan Dia," - Ibu


Pada mulanya ia dilahirkan normal seperti kanak-kanak yang lain, namun ketika hampir melangkah umur setahun, pengelihatannya tiba-tiba hilang dalam sekelip mata.

Itulah yang berlaku kepada Faiz Muhammad Abdul Shukor yang berusia dua tahun selepas disahkan menghidap kanser mata tahap empat setahun lalu.

Ibunya, Nor Salwati Abu Bakar, 29, berkata, dia tidak henti-henti berdoa supaya anak bongsunya itu sembuh seperti sediakala.

“Saya sudah reda dengan ketentuan Allah SWT apabila penglihatan anak ditarik secara tiba-tiba namun saya belum bersedia kehilangannya buat selama-lamanya.”

“Pada September tahun lalu, mata Muhammad Faiz merah seperti sakit mata sehingga menimbulkan kerisauan kepada saya dan suami yang pada ketika itu sibuk bekerja bagi menampung keperluan keluarga.

“Namun saya berasa tidak sedap hati kerana mata anak semakin membengkak dan dia tidak berhenti menangis.

“Malangnya semasa mendapatkan rawatan semuanya sudah terlambat apabila doktor mengesahkan anak menghidap kanser mata tahap empat,” katanya yang menetap di Kuala Kangsar, Perak.


Cerita beliau lagi, keadaan anaknya itu semakin parah selepas doktor mengesahkan sel kanser telah menyerang sistem otak Muhammad Faiz yang mengakibatkan organ dalaman lain turut terjejas.

“Muhammad Faiz kini hanya bergantung dengan rawatan kemoterapi dan ubat tahan sakit kerana tiada rawatan lain yang sesuai untuknya.

“Doktor juga memaklumkan harapannya untuk sembuh sangat tipis.

“Kini, mata kiri anak tersembul keluar dan mata kanan turut buta selain dia tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak lain.

“Hati saya tidak kuat sekiranya terpaksa berdepan dengan pemergian anak dalam masa terdekat,” katanya yang kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.


Menambah lagi keperitan mereka kini adalah kehidupan mereka yang semakin terhimpit dan susah kerana selain perlu menjaga Muhammad Faiz dan dua lagi anak yang bersekolah sementara suami hanya mampu menjana pendapatan bulanan RM1,000 daripada pekerjaan kampung.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun BSN Nor Salwati Abu Bakar (0820041000171194). - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Main b0l4 dari fansbetting yuk (5ee80afe)
    Ada juga pilihan game lainnya :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli