Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Nak Tanggalkan Pelekat Pada Motorsikal Dengan Mudah Tanpa Tinggalkan Kesan Gam

One Comment

Ada ketikanya kita pasti inginkan kelainan dalam apa yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika kita telah bosan dengan sesuatu yang dah lama.

Buat peminat kenderaan bermotor, khususnya motorsikal, pastinya pelekat pada badan motor memainkan peranan penting juga, dalam menampakkan lagi perbezaan dan keunikan motor tersebut.

Mungkin kita ingin menukar pelakat kepada yang lebih baru, warna dan corak yang berbeza, dan selalunya nak buat sendiri.

Tapi, pelekat yang ada, selalunya melekat dengan kuat dan kalau nak cabut mesti risau kalau-kalau cat pada badan motor akan tercabut sekali, jadi macam mana nak buat?

Boleh cuba gunakan beberapa cara ini, yang mana kebanyakan barang yang diperlukan dah ada dekat rumah.

Guna pistol gam (ray gun)



Yang mana halakan pada pelekat yang nak dibuang, pastikan jarak jauh sedikit daripada badan motor. Kemudian boleh cabut bila ia sudah mula lembut.

Pengering rambut

Disebabkan tahap kepanasannya tidak begitu kuat berbanding ‘ray gun’, ia perlu dihalakan lebih lama kepada permukaan pelekat, tetapi tidak terlalu dekat. Sambil itu, boleh berhenti seketika, untuk cuba cabut pelekat, jika sudah boleh, henti halakan pengering rambut.

WD40



Cara ini juga boleh digunakan, anda hanya perlu kopekkan sedikit di bucu-bucu pelekat, sama ada dengan pisau atau alatan khas, kemudian semburkan WD40 pada pelekat. Tunggu seketika, kemudian boleh cabut dengan mudah.

Pemetik api

Panaskan atau layurkan pelekat dengan pemetik api, tetapi harus diingat, jauhkan sedikit jarak dari pelekat, kerana takut ianya akan terbakar.

Dalam pada itu, gam sudah mula mencair, boleh cuba Tarik pelekat dalam pada masa sama, panaskan pada bahagian-bahagian pelekat yang lain.


Selepas selesai mencabut pelekat pada badan motor, pastinya ada kesan gam. Boleh tanggalkan kesan gam tersebut dengan menggunakan cecair pencuci, atau minyak, yang diletakkan sedikit pada kain dan lap bahagian terlibat.

Harus diingat, pastikan cecair yang digunakan tidak terlalu kuat hakisannnya, takut nanti cat pada badan motor akan terhakis. – Siakap Keli

Sumber: Cruiser, motorcyclist

BACA: Tips Buat ‘Rider’ Motor, Cara Ini Boleh Dilakukan Bila Tayar Motor Pancit Di Tengah ‘Highway’ Atau Kawasan Yang Tiada Orang
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli