Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Memandu Di Kawasan Yang Berlumpur, Ini Tip Untuk Elak Kenderaan Dari Tersangkut

3 ulasan


Melakukan aktiviti lasak di luar, seperti memandu pacuan empat roda, untuk pengembaraan di dalam hutan seperti mendaki bukit atau menyelusuri sungai pastinya satu pengalaman yang sangat mencabar.

Mungkin dalam melakukan aktiviti itu, akan berdepan dengan situasi yang tegang, seperti terpaksa melalui kawasan berlumpur. Ini antara salah satu kerisauan, kerana khuatir kenderaan akan tersangkut di dalam lumpur.

Bagi memastikan kelancaran juga untuk melepaskan diri dan elak dari tersangkut, ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Ikuti perkongsian kali ini.

a. Pilihan pemanduan selamat

1. Turun dari kenderaan dan cuba periksa keadaan lumpur

Foto: wikiHow

Boleh mencucuk lumpur dengan kayu untuk tahu kedalaman lumpur tersebut, juga melihat jika adanya batu di dasar, kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah kenderaan.

2. Hidupkan sistem kawalan cengkaman


Foto: wikiHow

Kebanyakan kenderaan pada masa kini mempunyai sistem ini. Ada yang dihidupkan secara automatik bila berada dalam keadaan pemanduan yang tidak stabil.

Jika tidak, boleh hidupkan secara manual.

Namun begitu, jika menghidupkan sistem ini, ia akan menyukarkan kenderaan untuk keluar dari lumpur jika sudah tersangkut. Pilihan yang ada adalah, matikan dahulu sistem ini, dan hidupkan kembali jika sudah berjaya keluar.

3. Bertukar pada 4WD


Foto: wikiHow

Anda akan melihat adanya label seperti, 2H, jika perlukan cengkaman yang lebih kuat, alihkan atau tukar kepada posisi 4H atau 4L.

Dengan 4H ia akan menggunakan keempat-empat tayar. Namun jika keadaan jalan teruk, gunakan 4L, ini akan memperlahankan pergerakan tayar tetapi lebih cengkaman.

Harus diingat, kesemua pacuan empat roda tidak mempunyai pilihan 2H, kerana ia gunakan keempat-empat tayar setiap masa.

Ada sesetengah 4WD akan mula mengering jika tidak digunakan sistem tersebut dalam jangka masa panjang. Cuba gunakan setiap dua bulan, walau hanya dalam keadaan jalan yang basah.

4. Gunakan gear rendah


Foto: wikiHow

Jika gunakan kenderaan 2WD, turunkan kepada gear yang lebih rendah sama ada ‘2’ atau ‘3’. Ini akan memastikan konsistensi sepanjang melalui jalan sukar, berlumpur.

Tukarkan kembali pada gear yang lebih tinggi bila mana berada di jalan yang stabil.

5. Penggunaan pedal minyak dan brek


Foto: wikiHow

Gunakan momentum yang sama, dalam kelajuan yang sederhana. Sekiranya perlu tambah kelajuan, tekan pedal secara perlahan-lahan untuk elak tayar berputar terlalu laju. Juga harus diingat, kenderaan mungkin akan tergelincir sedikit jika brek terlalu kuat.

Elak dari buat pertukaran kelajuan terlalu cepat untuk beri masa kepada tayar sesuaikan dengan laluan dan cengkaman yang baik.

6. Elak jalan berlubang


Foto: wikiHow

Pastikan tak melalui kawasan yang punyai kedalaman yang tidak rata. Kalau tidak kenderaan mungkin akan tenggelam/tersangkut pada lubang/tanah tersebut.

Ini langkah yang penting untuk diikuti, lebih-lebih lagi jika jalan itu banyak dilalui oleh kenderaan berat.

7. Betulkan kedudukan tayar yang tergelincir


Foto: wikiHow

Walaupun anda cuba pusingkan tayar untuk ke arah lain, tetapi kenderaan terus ke arah bertentangan, itu bermakna kenderaan sedang tergelincir.

Lepaskan pedal minyak dan tunggu kenderaan perlahan, bila dah perlahan tunggu sehingga tayar hadapan dapat kawalan semula. Kemudian pusing stereng ke arah yang sama untuk dapatkan kembali kawalan ke atas kenderaan.

Elak tekan brek yang kuat jika kenderaan tergelincir, ini akan buatkan lebih cepat hilang kawalan.


b. Keluarkan kenderaan dari lumpur

1. Hidupkan lampu kecemasan


Foto: wikiHow

Jika kenderaan tersangkut, terus hidupkan lampu kecemasan untuk pastikan kenderaan lain nampak anda.

2. Lihat kenderaan yang hadir


Foto: wikiHow

Sebelum keluar dari kereta, tengok cermin sisi terlebih dahulu akan kenderaan lain di belakang. Keluar dengan perlahan-lahan untuk elak tergelincir. Jika tidak selamat, tunggu dalam kereta dan buat panggilan kecemasan.

3. Ke depan dan ke belakang


Foto: wikiHow

Pusingkan stereng supaya tayar menghala ke hadapan, kemudian dengan perlahan tekan minyak di antara pertukaran gear ke depan dan mengundur.

Berhenti buat semua, jika tayar mula untuk terus berputar. Pusingkan stereng, dan cuba sekali lagi.

Untuk kenderaan manual, cara ini lebih sesuai dengan gear tinggi, tetapi bagi kenderaan automatik, gunakan gear rendah.

4. Buang angin tayar


Foto: wikiHow

Jika kenderaan tersangkut dalam lumpur, keluarkan angin bagi kesemua tayar. Dengar bunyi angin keluar dan periksa tekanan kembali.

Ini akan berikan cengkaman yang lebih pada permukaan. Jika sudah kembali ke jalan rata, tambah kembali tekanan tayar.

5. Tambah pasir atau sampah pada tanah/permukaan


Foto: wikiHow

Simpan pasir atau pasir kucing di dalam kenderaan. Jika kenderaan tersangkut letakkan sedikit pada tanah di sekitar tayar untuk membantu cengkaman.

6. Letakkan alas kaki


Foto: wikiHow

Jika kenderaan tersangkut, hentikan kenderaan dulu, dan ambil alas kaki dan letak bawah tayar pada setiap tayar. Biarkan ia terkena sedikit pada tayar dan yang selebihnya di permukaan yang lebih tinggi.

Ini akan berikan tayar cengkaman yang lebih pada permukaan rata.

Boleh juga gunakan kotak kadbod untuk gantikan alas kaki.

7. Gali dengan cangkul


Foto: wikiHow

Gali sebahagian tanah di keliling tayar, jika anda dapat buang sebanyak mungkin lembapan tanah, tayar akan punya cengkaman yang kuat pada permukaan tanah kering.

Ini adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk elak dari tersangkut dalam lumpur dan cuba keluar dari lumpur. Sekiranya melakukan aktiviti luar atau berada di kawasan yang berlumpur, boleh lakukan cara yang dikongsikan ini untuk selamatkan diri. – Siakap Keli

Sumber: wikiHow
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  3. Pagi semua nya hanya di ARENADOMINO dengan BONUS ROLINGAN 0,5 % dan BONUS REFFERAL 20 % ingin mengajak anda semua pecinta games poker untuk bermain disini permainan fairplay menanti anda semua dan 100% no robot player vs player yuk silahkan langsung bermain dengan kami proses mudah cepat dan nyaman jika kesulitan dalam pendaftaran dapat juga dibantu ya bisa dari live chat ataupun dari bbm D8EBAA7C silahkan .. link daftar : http://arenadomino.org/app/Default0.aspx?ref=dominobandar88&lang=id

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli