Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkandas Akibat Bencana Alam Di Luar Negara, 8 Cara Lelaki Ini Lakukan Untuk Pulang Semula Ke Malaysia

3 ulasan


Mengembara ke luar negara, tidak kiralah sama ada untuk bercuti atau pun melakukan kerja kesukarelawan, ia pasti memerlukan kita untuk sentiasa bersedia dengan apa yang bakal berlaku.

Kemungkinan untuk insiden berlaku memang ada, cuma kita tidak tahu apa yang bakal menimpa.

Seperti apa yang berlaku kepada Fais Taib bersama sekumpulan anak muda yang lain, telah berdepan situasi berhadapan dengan banjir ketika berada di Belitung, Kepulauan Bangka, Indonesia.

Detik itu sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada mereka, tentang bagaimana caranya untuk kembali pulang ke Malaysia.


Terkandas Akibat Musibah Banjir Di Luar Negara. Apa yang kami lakukan?

Benarlah kata pepatah kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. 

Percutian yang dirancang dengan teliti pada beberapa minggu lalu ke Belitung, Kepulauan Bangka, Indonesia bersama 8 orang rakan yang lain hampir membuatkan kami tidak dapat pulang ke Malaysia mengikut jadual yang telah dirancang. 

Sebut mengenai Belitung, pasti yang berlegar di minda kita adalah Karya Andrea Hirata bukan? Atau kisah Laskar Pelangi mahupun Sang Pemimpi.

Bencana banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah 56 tahun di Belitung. 

Banjir teruk telah memutuskan beberapa jalan utama di sekitar Kota Tanjung Pandan, Manggar, Gantong dan jalan utama menuju ke Lapangan terbang H.A.S Hanandjoeddin. 

Beberapa tempat tumpuan pelancong seperti Muzium Kata Andrea Hirata, Rumah Keong dan Rumah Ahok telah ditengelami air. 

Difahamkan, hujan yang lebat turun selama tiga hari secara berterusan adalah punca bencana ini terjadi. 

Dan pada hari pertama kami telah terkandas lebih dari 5 jam di Kota Manggar menuju ke Kota Tanjung Pandan.

Apa yang kami Lakukan sewaktu berhadapan dengan situasi sebegini?

1) Bersikap tenang & tidak mudah panik

Jangan terlalu gelabah biawak, tipu lah kalau tak cuak kan. Tapi bersikap tenang lebih membuatkan kita berfikir secara cepat dan betul. 

Terkandas 3 kali dalam perjalanan pulang ke hotel, dan kami memilih untuk mencuba dan terus mencuba jalan yang boleh dilalui atas nasihat orang tempatan. 

Sekitar 6 jam pemanduaan dan jalan ke tiga yang sempit merentasi beberapa buah kampung, barulah kami tiba di hotel yang asalnya hanya memakan masa sekitar setengah jam. 

Kami tidak berani melengahkan masa kerana bimbang jalan lain juga akan ditutup memandangkan air yang memutuskan jalan mencecah kedalaman sehingga 2 meter. 

Dan dikhabarkan jalan terakhir yang kami lalui juga ditutup selepas beberapa jam kami tiba ekoran dilimpahi air.


2) Tidak bersifat provokasi

Jika anda tidak mampu menyelesaikan masalah, jangan memberi tekanan pada yang lain. Seeloknya, bertindak dengan bijak semasa situasi ini. 

Alhamdulillah, semua dari kami bersikap matang dan tidak bersifat provokasi dimana mereka hanya membiarkan beberapa dari kalangan kami berdiskusi dengan tenang dan hanya mengikut keputusan kami untuk terus mencari jalan keluar.

3) Periksa keadaan sebenar

Selepas mendapat beberapa mesej daripada teman di Malaysia mengenai keadaan sebenar di Belitung, kami bergegas memeriksa saamada berita yang disampaikan sahih atau pun tidak.

Berita jalan utama terputus menuju ke bandar udara membuat kami sedikit gusar kerana penerbangan kami ke Jakarta akan berlepas pada awal pagi. Air yang melimpahi sehingga paras lutut melimpahi masih boleh dilalui bagi kenderaan berat.

Pada mulanya kami berhajat untuk terus berada di lapangan terbang pada malam itu juga, bagi mengelakkan masalah lebih besar pada kami. Atas nasihat warga tempatan, kami menukar rancangan kerana bandar udara di situ sunyi dan kurang sesuai untuk kami ke sana pada waktu malam.

Apa yang menarik perhatian saya semasa di sini adalah sikap orang tempatan yang mempunyai semangat membantu secara sukarela di sepanjang jalan, dipenuhi anak-anak muda memantau kenderaan dan orang awam yang berada disitu. Kecekapan mereka menangani musibah ini harus dipuji. Salute lah!




4) Laporkan situasi anda kepada Pihak Berkuasa

Kami ke Balai Polis berdekatan untuk meminta bantuan dan pandangan daripada mereka. Mereka sangat-sangat membantu dan berjanji akan menghantar kami dengan menggunakan bas sekiranya jalan utama masih lagi terputus. Atas nasihat mereka, kami pulang ke hotel untuk bersedia sedia atas sebarang kemungkinan.

5) Mempunyai Akses Internet

Sangat penting! Semasa terkandas di daerah Gantong, kami mencari alternatif dengan menggunakan Google Maps sehingga jalan ke 3 yang membawa kami keluar dari kawasan bencana.

Memeriksa Weather dengan aplikasi dalam talian, semasa malam penerbangan pulang ke Jakarta dijangka hujan lebat dengan ketepatan 30%.

Jadi kami mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan turun, kami akan terus ke Bandara Udara dan kami membuat giliran siapa yang akan berjaga mengikut masa. Last-last semua tidur nyenyak sebab yakin hujan tidak akan turun.



6) kemaskini perkembangan anda kepada rakan atau keluarga terdekat

Ini sangat penting! Pastikan mereka mengetahui situasi terkini keadaan anda. Jangan keruhkan keadaan, dan ceritakan situasi terkini dan langkah yang bakal kita ambil untuk keluar daripada situasi bencana.

Cuaca yang tidak baik membuatkan beberapa pesawat kecil tidak dapat terbang dan terkandas. Salah seorang daripada kami mempunyai 2 penerbangan lain menuju ke Kota Kinabalu, Sabah.

Penerbangan terkandas selama beberapa jam dan jika kami masih menunggu kami akan terlepas penerbangan yang lain. Apa yang kami lakukan?



7) Berdiskusi dengan syarikat penerbangan

Masa. Megambil kira masa yang suntuk kami berunding dengan pihak Sriwijaya Air tentang masalah penerbangan yang lain disebabkan terkandas di sini. Mereka bersetuju memulangkan semula harga penuh tiket dan menukar kepada pesawat Garuda Airlines.

Suasana sangat cemas kerana pesawat tersebut hampir berlepas dan atas bantuan kedua dua syarikat penerbangan terbabit, kami berjaya menaiki pesawat Garuda. Dah macam memasuki acara lumba lari, dengan bagpack dibelakang, Drama betul kan? Dan pesawat terus berlepas!

Bukan tukar secara percuma okay! Kami terpaksa membayar sekitar RM200 untuk tiket saat akhir.

8) Memohon bantuan anak kapal

Anda boleh guna cara ini, minta bantuan anak kapal. Ceritakan masalah anda dan minta mereka hubungi petugas di Lapangan untuk memudahkan urusan kami termasuk daripada beberapa segi pemeriksaan dan keluar dari pesawat. Berhasil!

Berada di dalam situasi sebegini tidak pernah mematahkan semangat kami malah merasakan satu pengalaman yang berbeza kerana ini kali pertama merasainya.

Menyesal, tidak pernah wujud dalam kamus pegembaraan aku. Kalau tanya aku, kau nak pergi lagi tak? Harusla nak! Aku rindu anak anak di Sd Muhamadiyah yang menyanyi menyambut ketibaan kami.


Semasa tiba di Malaysia, apa yang aku rasa? Aku merasakan sangat kejam tinggalkan mereka sendiri melalui musibah disana tanpa apa-apa sumbangan.

Atas inisiatif kami sendiri, bantuan daripda badan seperti DerakVenture, Persatuan Kebajikan Bakti Syabab Semalaysia dan hasil sumbangan orang awam dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Kelubi kami telah melancarkan misi bantuan makanan dan ubat-ubatan kepada Mangsa korban banjir di Belitung.

Apa khabar mereka disana? Rindu keasyikan suasana desa disana. In sha allah minggu ini aku kesana lagi. Aku bawa buku untuk mereka! Aku harap mereka suka. Sungguh aku merasakan Belitung adalah sebahagian dari jiwaku.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli