Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Tercekik' Boleh Membawa Maut, Jururawat Kongsi Bagaimana Beri Rawatan Kecemasan Kepada Mangsa Tercekik

4 ulasan

Tercekik berlaku apabila terdapat bendasing seperti makanan atau minuman yang tersangkut di bahagian tekak sehingga boleh menganggu sistem pernafasan. Segelintir masyarakat menganggap kejadian 'tercekik' ini adalah satu insiden biasa yang sering terjadi.

Tetapi sebenarnya, insiden tercekik ini adalah satu kejadian yang amat bahaya yang boleh berlaku kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Sekiranya oksigen tidak sampai ke paru-paru dan ke otak kanak-kanak yang betul-betul tercekik, dia mungkin akan pengsan, mengalami kerosakan otak dan mati dalam beberapa minit. Inilah yang menjadikan tercekik itu merbahaya.

Terdapat beberapa tanda jelas yang boleh dilihat untuk memastikan sekiranya individu itu tercekik tetapi adakah kita juga tahu bagaimana memberi rawatan kecemasan kepada mangsa tercekik.

Bel Nawhen, yang merupakan seorang Staff  Nurse berpengalaman, menerusi laman Facebooknya berkongsi mengenai cara untuk mengenalpasti mangsa tercekik dan cara untuk memberi rawatan kecemasan kepada mangsa serta cara untuk mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa tercekik.

Mari kita ikuti perkongsian berguna ini.


#Tercekik_Dan_Rawatan_Kecemasan

Dahulu, pernah seorang auntie tercekik buah pinang yang dimakan bersama sirih. Hingga perlu discope dan dimasukkan ke icu.

Ada juga kes tercekik tulang ayam saat makan-makan bersama keluarga. Juga perlu discope dan dimasukkan ke icu bagi tujuan pemantauan.

Ada kes, anak tercekik manik rantai dua kali. Kedua-dua kali perlu distabilkan dan dimonitor diwad kerana manik itu tersekat di hujung salur trachea. Mujur tidak ke paru-paru. Juga perlu discope.

Ada yang menganggap, kejadian tercekik ini adalah kejadian biasa dan bukan kecemasan. Tetapi tercekik merupakan salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan dikalangan kanak-kanak. Kematian berlaku disebabkan saluran pernafasan menjadi sempit tidak kira tersekat separuh atau sepenuhnya dan mnyebabkan kekurangan (menghalang) oksigen memasuki paru-paru dan seterusnya ke otak.

Apa-apa jenis objek boleh menjadi sebab kepada tercekik tidak kira duit syiling, manik, tulang ikan/ayam, buah pinang, gigi palsu, mainan kanak-kanak dan sebagainya.


Mereka yang tercekik boleh dilihat melalui tanda:

  • Sesak nafas secara tiba-tiba dan bunyi nafas seolah bersiul (ada kesekatan berlaku).
  • Spontan menggenggam kerongkong.
  • Kawasan bibir kebiruan tanda kekurangan oksigen.
  • Mereka kelihatan cuba bernafas dengan cepat.
  • Pengsan
  • Berhenti bernafas.
  • Tersedak tiba-tiba.
  • Batuk dan cuba batuk lebih kuat.

Jika anak/mangsa tercekik:

  • Kenalkan diri dan tanya jika perlukan bantuan.
  • Minta mangsa untuk batuk dengan kuat.
  • Kalau tak keluar, cuba tepuk belakang mangsa. 
  • Minta bantuan jika keadaan tidak terkawal.
  • Buka mulut anak atau minta mangsa membuka mulut bagi melihat lokasi objek yang menyekat.
  • Jika objek JELAS kelihatan, keluarkan dengang menggunakan jari kelingking, jika tidak, JANGAN jolok jari kedalam tekak (dibimbangi akan menyebabkan objek menyebabkam kesekatan yang mudarat).
  • Tepuk belakang mangsa (antara tulang belikat) dengan menggunakan tapak tangan dan kepala mangsa menunduk kebawah.



 JANGAN mendongakkan kepala mangsa.

Jika tercekik tidak dapat diberikan bantuan segera, beberapa komplikasi boleh berlaku antaranya radang di paru-paru, kerosakan otak kerana kekurangan oksigen ke otak dan kematian.


(Boleh juga gunakan kaedah Heimlich Maneuver seperti gambar disediakan. Boleh juga search di youtube tentang kaedah Heimlich Maneuver yang betul)

Kanak-kanak, sering ingin mencuba beberapa perkara baru.


 Bagi mengelakkan kejadian tercekik kerana mereka rajin mengutip dan memasukkan objek kedalam mulut:

• Sediakan makanan dalam saiz kunyahan. Asingkan tulang dan isi bagi ikan dan ayam.

• Jangan beri anak masa makan dan bermain SERENTAK. Dibimbangi akan menyebabkan mereka  
   menyuap mainan kedalam mulut kerana menyangkakan ia juga boleh dimakan.

• Pastikan kawasan gapaian anak-anak seperti meja, lantai, mini almari serta kawasan bermain    mereka bebas dari objek kecil, berwarna warni seperti manik, duit syiling, guli dll.

• Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anak-anak yang belum pandai mengunyah dari tercekik seperti kacang, buahan berbiji seperti mata kucing/rambutan dan gula-gula.

• Beri mainan yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak bukannya objek kecil yang menarik    perhatiannya untuk dimasukkan ke mulut.

• Letak sebarang objek kecil yang mampu menarik perhatian anak-anak dari memasukkan kemulut    ditempat yang tinggi dan jauj dari gapaian anak-anak.

• Jangan pakaikan anak-anak dengan gelang bermanik atau rantai berloket yang boleh putus/tanggal atau cincin yang mana boleh terlucut apabila anak menghisap jari. Benda sepeti ini juga boleh menyebabkan tercekik.


Notakaki:

Tercekik merupakan kes kecemasan. Bukannya perkara boleh diejek atau dipermainkan. Macam kau tak pernah tercekik kalau makan dengan gelojoh kan.
#BelNawhen
#SayaJururawat

Sumber- Bel Nawhen
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    014-322-7846
    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    https://www.youtube.com/watch?v=3q5e2nwcaEQ

    BalasPadam
  4. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli