Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tekad Turunkan Berat Badan Selepas Insiden Katil Motel Patah, Lelaki Ini Berjaya Hilang 25kg Dalam Masa 57 Hari

2 ulasan

Mempunyai tubuh badan yang besar ada ketikanya membuatkan diri berasa malu dan sentiasa menjadi bahan lawak orang lain. Ia sedikit sebanyak dijadikan sebagai pemangkin untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Bagi Reza Kefli yang menurunkan berat badan sebanyak 25kg dalam masa hanya 57 hari, cabaran yang diberikan kepada dirinya itu membuahkan hasil.

Apa yang membuatkan dia ingin menurunkan berat badan adalah kerana peristiwa katil patah sewaktu sewa di sebuah motel, apa yang lebih utama adalah supaya memudahkan urusan beribadat dan lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

Mari kita ikuti rutin dan diet yang diamalkan olehnya.


Its a wrap dude!! Alhamdulillah selama 57 hari aku buat 'body challege' sejak raya haritu, its totally lost 25Kg. Sebelum ni pernah diet & turun sikit but awal tahun lepas naik mendadak. Terima kasih kawan-kawan yang banyak menegur " kau dah gemuk balik doh". Semua tu pemangkin semangat untuk aku.

Gambar ini adalah gambar sewaktu aku semester 1 di UUM, dan kini, aku dah ditahun akhir. Masih segar dalam ingatan masa nak daftar di UUM. Sewa motel di Changlun, aku baring kat katil tu..terus roboh, sedih time tu..kena marah dengan mak aku sebab robohkan katil.

Nak kecilkan badan bukan sebab nak nampak hensem atau kacak, sebab kekacakkan tu dicipta untuk semua orang. Aku berusaha untuk kurangkan berat badan supaya dapat memudahkan urusan kehidupan harian terutama bab ibadat & supaya lebih konfiden untuk berhadapan dengan orang ramai.


Aku share sikit mcm mana aku boleh lost 25kg dlm masa 57 hari..hehe.

Dari segi pemakanan:

1. Aku tak makan nasi
2. Aku tak minum air manis
3. Aku tak makan junkfood
4. Aku tak makan makanan proses
5. Aku tak makan makanan bertepung
6. Aku tak makan kekacang, kuih raya.
7. Aku tak makan makanan dalam tin
8. Aku tak makan roti

1. Aku amalkan air masak 3 liter
2. Aku tak skip waktu makan
3. Aku tak makan malam
4. Jaga tyming makan..breakfast, lunch

Aku hanya makan sayur-sayur, ayam kukus, ikan goreng, daging..haaa yang low carbo, low fat..

Dari segi senaman (ni paling berat nak buat)

1. Aku workout 7 minit je dik sehari.sebab aku ada astma & mudah penat.
2. Jenis workout yg aku buat:

- push up
- sit up
- hand walk
- squat
- knee crunches
- jogging

3. Nak buat workout tu kena kaji jugak.insyallah 5 jenis ni 3 kali ganda lebih cepat bakar lemak.


Haa itu ja. Sebelum kau nak diet, berangan tu kasi elok sikit. Hari tu aku berangan nak kurus sebab nak jadi pramugara.mampoo dik? tak tercapai pun, tapi at least ada usaha nk ke arah tu.

Sebagai kawan, fahami insan yang berbadan besar, bila dia tengah on diet, jangan laa perli-perli, kutuk-kutuk dia..bagi semangat.

Kau ingat budak yang beratnye above 100 kg tu senang nk kurus? Semua tu kena ada semangat & support, dia nak juga macam korang, senang cari baju seluar dalam bagai.

Insyaallah mana yang nak diet tu. Amalkan tu. So korang tak payah dah nyorokkan badan belakang kawan kalau tengah bergambar.

Tak payah dah nak silang kaki nyorokkan lemak peha tak payah dah pakai baju hitam memanjang, tak payah dah selfie muka je..jangan tipu diri sendiri.

Before this kalau orang cakap aku gemok, aku balas balik " yang penting ada orang sayang".. tapi fikir balik, kenapa kita tak sayang diri kita sendiri? gitchuuuu.

Yang badan besar tu, u all boleh turunkan berat badan, percaya lahhh..suma kena ada semangat & kawal nafsu makan..jangan malas.

Aku bebel ni actually aku tak kurus lagi.hahahahaha.still mok.

Berat sem 1/2014- 140++ kg
Berat sem 7 /2017- 80 ++ kg

JUST PROUD WHAT YOU'VE DONE

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. SWIN888 MERDEKA PROMOTION LUCKY DRAW NEW GAMES
    SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    Swin888.blogspot.com
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/ TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://www.youtube.com/watch?v=7zdYogivLlw&t=4s

    #scr888 #swin888 #lpe88 #joker123 #sky777 #sky99
    #rich96 #malaysia #sabah #slotgames #sky3888
    #ace333 #leocity #spadegaming #sportbook #seagames
    #kl2017 #zizanrazak #igmalaysia #fbmalaysia #malaysian

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli