Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Ingatkan 700 Jer, Sebab Tangkap Gambar Je Pun'', Lelaki Kongsi 8 Perkara Perlu Dikorbankan Untuk Jadi Jurugambar

3 ulasan

Pada masa kini, 'photographi session' atau sesi bergambar sangat terkenal dan pasti ada di setiap majlis. Bukan sahaja majlis perkahwinan, malah yang menyambut hari jadi juga menggunakan khidmat jurugambar.

Khidmat jurugambar amat diperlukan bagi mendapatkan gambar-gambar yang indah untuk dijadikan kenangan. Meskipun kerja mengambil itu tampak mudah dan semua orang boleh melakukannya, tetapi tidak semua mampu untuk menghasilkan gambar yang betul-betul cantik.

Jadi jangan pandang rendah dengan keupayaan seorang jurugambar kerana mereka adalah antara orang orang yang berseni dan kreatif hingga mampu menghasilkan gambar yang membuat kita kagum.

Perkongsian dari laman facebook milik ديق ڤيك اريس , menjelaskan kepada kita semua 8 perkara tentang jurugambar yang tidak kita ketahui ketahui.

Jom baca perkongsian ini.

Sambungan kes "Tangkap Gamba ja pun"
-----
Apa Kak/Kaklong/sis cakap macam tu, ingat kerja senang ka. Meh saya senaraikan 8 perkara yang tidak di ketahui oleh semua orang mengenai seorang photographer. Terutamanya wedding photographer.

1) Seorang photographer yang komited, mereka akan melaburkan berpuluh ribu ringgit untuk semua peralatan (equipment) fotografi. Kerana apa? Kerana mereka mahu memberikan hasil yang berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka.

2) Mereka tiada masa bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Ini sememangnya lumrah.Saya pasti semua isteri-isteri atau suami-suami seorang photographer dah faham sangat akan hal ini. Inilah masa yang harus di korbankan semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan.

3) Setiap wedding photographer akan bertanggungjawab ke atas semua majlis perkahwinan. Satu tugas yang berat yang harus mereka pikul untuk merakamkan setiap peristiwa yang menarik di majlis perkahwinan. Mereka akan berkampung di rumah pengantin dari bermulnya majlis akad nikah sampailah selesai majlis. Yang pasti mereka akan berjauhan dengan keluarga.

4) Setiap peristiwa yang berlaku amat penting bagi seorang photographer. Sebab itu mereka sanggup berpanas di tengahari semata-mata untuk merakamkan detik-detik indah sewaktu perarakan. Ini semua kerana apa? Kerana mahu menghasilkan gambar atau photo yang berkualiti.

5) Setiap pasangan pengantin sudah pastinya mempunyai aturcara yang berbeza. Walau macam manapun aturcara majlis, photographer tetap tabah menunggu. Baik awal pagi, tengahari, lewat petang ataupun lewat malam. Lewat malam kebiasaanya jika pengantin ada mengambil persalinan. Kadang kala, photographer terpaksa menunggu sehingga pukul 1-2 pagi untuk menyelesaikan sesi fotografi. Ini memang lumrah.

6) Setiap photographer akan memerah otak setiap kali shoot di majlis perkahwinan. Memerah otak bukan setakat untuk posingkan pengantin, tetapi memerah otak untuk mencari angle yang terbaik. Ini yang orang ramai tidak perasan. Daya imaginasi dan kereativiti yang tinggi amat di perlukan pada setiap photographer. Walau dalam apa juga situasi mereka akan sentiasa berfikir, bagaimana untuk menghasilkan photo atau potret yang terbaik.

7) Setiap persekitaran majlis perkahwinan memang berbeza. Ada yang dalam rumah, ada yang luar rumah, ada juga di tepi tasik. Tetapi tahukah anda, setiap persekitaran ini mempunyai cahaya yang berbeza? Inilah yang di titik beratkan oleh photographer. Mereka akan memastikan setiap photo atau gambar yang di hasilkan mempunyai kualiti cahaya yang cukup. Inilah peperangan yang harus di tempuh oleh setiap photographer. Sebab itu, bila sahaja melihat gambar yang dihasilkan terang dan sedap mata memandang. Dan hasil sebegini tidak boleh di hasilkan tanpa skill yang cukup seperti wedding photographer yang ada di luar saja. Dan agak sukar untuk di hasilkan dengan kamera kompak yang biasa.

8) Tugas photographer bukan sahaja akan tamat setelah majlis selesai, tetapi ada lagi tindakan susulan yang harus di langsaikan. Apa tu ya? Tugas memilih dan mengedit photo. Inilah perkara yang amat kritikal untuk photographer. Tugas edditing haruslah di lakukan dengan teliti. Bukan setakat tenaga tetapi masa juga harus di korbankan. Lebih kritikal lagi untuk photographer sambilan. Tetapi dek kerana untuk menghasilkan yang terbaik, mereka sanggup korban segalanya semata-mata memenuhi tanggungjawab dan kehendak pelanggan

Renung-renungkan la, kalau tak dak bajet takpa, saya tak paksa, tapi tak perlu ckp macm tu, ckp ja "pakej encik sediakn luar bajet saya" kan senang.

Sumber- ديق ڤيك اريس
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. AJO_QQ poker online terpercaya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli