Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Shaheizy Sam, LHDN Akan Dedah Beberapa Orang Artis Lagi Bakal Diisytihar Muflis

One Comment

Baru-baru ini timbul isu hangat mengenai pelakon popular, Shaheizy Sam yang 'diburu' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)kerana dipercayai gagal melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000.

Menurut sumber, Sam dikatakan gagal menjelaskan jumlah tunggakan tersebut meskipun beberapa notis telah diberikan LHDN hingga menyebabkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor memberi notis muflis kepada pelakon ini pada 26 Mei lalu.


Sementara itu, beberapa selebriti tempatan yang lain juga bakal diisytiharkan muflis ekoran daripada gagal menjelaskan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
 
Menurut Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, sekiranya artis yang terbabit tidak berusaha untuk membayar tunggakan  terbabit, mereka akan dikenakan tindakan oleh LHDN.

"Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

"Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai," katanya.

Jelas Masrun juga , bagi para artis dan mereka yang tidak tahu mengenai jumlah  cukai pendapatan yang harus dibayar, mereka boleh melayari laman sesawang agensi terbabit.

"Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

"Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

"Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa," tegasnya.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli