Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekejap Je Bubur Dah Masak, Ini Cara Cepat & Mudah Buat Bubur ‘Instant’ Untuk Anak Kecil

2 ulasan

Bila bab berkaitan dengan anak-anak, ibu bapa akan buat sebaik mungkin untuk mereka. Dari segi keselesaan, keselamatan mereka juga pemakanan mereka, pastinya akan sentiasa dititikberatkan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi kecil, yang mana sudah boleh menerima makanan lain, selain dari susu ibu, ia sedikit sebanyak memberikan satu lagi tugasan buat ibu atau ayah.

Disebabkan anak kecil ini baru belajar untuk makan, mereka selalunya akan makan sesuatu ayng lembut, seperti bubur nasi.

Tapi, sekiranya tiap kali anak nak makan, perlu dibuat berulang kali, ia pasti akan mengambil masa lama, namun begitu, tidak pula bagi Pn Nisa Razak ini, yang mana telah kongsikan cara mudah untuk membuat bubur bayi, yang boleh dimasak dalam masa yang singkat.

Serbuk Beras, Praktikal & Cepat

Mommy-mommy yang ada anak kecik baru nak belajar makan, elok sangat lah buat serbuk beras ni. InsyaAllah sangat praktikal dan mempercepatkan kerja.

Saya tunjuk step by step. Follow je.

Langkah 1

1. Basuh beras dalam 1-2 cawan. Toskan. Kemudian goreng tanpa minyak.


2. Api kecik je ye. Nanti habis hangus beras tu jadi hikayat Mahsuri pulak beras terbakar


3. Ok sampai betul-betul kering macam ni.


Langkah 2

4. Terus masukkan dalam blender. Blend sampai hancur.


Langkah 3

5. Simpan dalam balang. Tutup rapat ye.


Langkah 4

6. Ok ni cara nak masak bubur. Ambik sesudu serbuk beras tadi dan bancuh dengan air sejuk biasa. Kemudian masak atas api. Ok time ni boleh lah nak masukkan carrot/ayam atau apa-apa je. 

Tapi lepas tu kena blend dulu untuk hancurkan sayur/lauk tadi sebelum bagi baby makan.

Jangan lama sangat dan jangan sekejap sangat nanti tak sempat masak beras tu.


Siap!!!! Ready to eat 👶🏻!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli