Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sejarah Dwi-Kamera Telefon Pintar, Adakah Semuanya Sama. Jom Ketahui Bezanya



Kita dapat lihat kebelakangan ini rekaan tetapan dwi-kamera menjadi pilihan syarikat pembuat telefon pintar terutamanya pada telefon flagship mereka.

Malah tetapan dwi-kamera untuk kamera selfie juga semakin mendapat tempat dihati pengguna dengan munculnya model kelas pertengahan yang memfokuskan kepada penggunaan selfie khususnya seperti Oppo, Vivo dan yang terbaru siri Zenfone Asus.

Dwi-Kamera, Dari Mana Ianya Bermula

Tetapan dua kamera ini bermula dari LG Optimus 3D dan HTC Evo 3D pada tahun 2011. Kedua-dua telefon pintar ini (dan ada juga yang lain) menggunakan kanta lekap untuk membolehkan peranti ini mengambil video 3D dan gambar 3D.


Peranti ini menggunakan teknik yang sama digunakan oleh kamera 3D biasa, menggunakan kedua-dua kanta untuk mewujudkan kedalaman imej. Ianya disokong dengan paparan 3D untuk melihat imej-imej tersebut, tanpa perlukan penggunaan cermin mata 3D.


Kemudian muncul pula HTC M8 dan Huawei Honor 6 Plus yang diperkenalkan pada tahun 2014 yang boleh kami katakan antara merupakan model pertama membawakan prinsip teknologi 2 sensor kamera yang dipegang sehingga hari ini.


Diikuti dengan LG G5. Tetapi mereka membawa kelainan dengan memuatkan sensor utama 16-Megapiksel dan satu lagi sensor sudut luas 8-Megapiksel yang menghasilkan gambar yang lebih luas.

Huawei P9 Bapa Permodenan Teknologi Dwi-Kamera

Pada tahun 2016, Huawei pula membuat penampilan menggemparkan dunia telefon pintar dengan memperkenalkan Huawei P9. Berlainan dengan apa yang dibawakan oleh LG dan HTC, Huawei mengetengahkan dua sensor kamera yang memfokuskan pada butiran monokrom dengan sensor Leica.


Huawei P9 beroperasi dengan satu sensor mengambil warna RGB dan sensor kedua mengambil butiran monokrom. Kedua-dua kamera adalah 12-Megapixel. Ianya turut sama diikuti oleh model Honor 8 sehinggalah yang terbaru Huawei P10 dengan beberapa penambahbaikkan.


Dengan kehadiran dwi-kamera dari P9 ini, maka bermulalah syarikat telefon pintar yang lain berebut-rebut mempamerkan rekaan dwi-kamera. P9 boleh dikatakan peranti yang mula menghangatkan kembali inovasi telefon pintar setelah beberapa tahun pembinaan inovasi telefon pintar seakan hanya tertumpu kepada rekaan luar dengan membesarkan saiz paparan skrin dan binaan nipis.

Kemunculan Huawei P9 juga turut dilihat menjadi titik tolak syarikat pembuatan mula mengorak langkah dalam mempamerkan rekaan dwi-kamera. Namun, bagi pandangan kami, hanya dua rekaan ikonik yang menjadi ikutan sehingga, ciri dwi-kamera (RGB+Monokrom) yang dibawakan Huawei dan ciri dwi-kamera (lensa telefoto) yang dibawakan oleh iPhone.


“Teknologi Dwi-Kamera Lensa Telefoto iPhone 7 Plus”

Kedua-dua sensor kamera iPhone 7 Plus adalah sebesar 12-megapixel dan kedua-duanya menawarkan penstabilan imej optik, tetapi dengan panjang fokus yang berbeza.
Kamera pertama menawarkan zoom 23mm, yang agak luas. 


Kamera kedua mampu dizoom pada 56mm. Ini bermakna gambar dihasilkan kelihatan lebih dekat melalui lensa ini. Menurut Apple, ciri ini dapat memastikan pengguna zoom imej tanpa merosakkan kualitinya.

Kedua-dua lensa tersebut dapat menghasilkan 12 juta pixel. Secara teorinya, iPhone 7 Plus boleh mendapatkan 24 juta maklumat piksel dan kemudian ditindihkan supaya perincian gambar adalah lebih tajam. 

Teknologi dwi-kamera dengan lensa telefoto dan sudut luas juga diperlihatkan untuk model Huawei Nova 2 Plus.

Yang menariknya tentang peranti dwi-kamera ini, kedua-dua sensor dapat bergandingan dalam membawakan hasil ‘depth of field’ dengan keupayaan zoom optikal yang lebih baik terutamanya dalam keadaan ‘low-light’.


Walaupun ‘depth effect’ atau nama lainnya ‘bokeh’ yang dibawakan iphone 7 Plus agak memuaskan, namun dilihat keupayaannya sedikit tergelincir. Ini berpunca daripada kelemahan algorithma terutamanya apabila objek dan latar belakang kurang perbezaan warna.


Teknologi Dwi-Kamera (RGB+Monokrom) Leica

Tidak dapat dinafikan keupayaan zoom optik iPhone 7 Plus mampu menghasilkan imej zoom yang lebih terperinci tanpa merosakkan kualiti imej tersebut berbanding kebanyakkan telefon lain yang menggunakan zoom digital.

Tetapi untuk menghasilkan ‘depth of field’ yang lebih sempurna, Huawei berkerjasama dengan Leica dalam membawakan fungsi ‘bokeh’ yang lebih agung. 

Antara model Huawei yang dilengkapi dengan imej sensor Leica adalah seperti Huawei P9/P9 Plus, Huawei Mate 9/Mate 9 Pro dan Huawei P10/P10 Plus. Dikhabarkan Huawei Mate 10 akan muncul dipasaran tidak lama lagi, juga dengan teknologi Leica.


Sebagai contoh Huawei P10 yang dilengkapi dengan satu sensor 12MP warna RGB dan satu lagi sensor 20MP lensa monokrom. Sensor denga resolusi yang tinggi digunakan untuk menghasilkan perincian gambar dan memperkuatkannya semasa dalam cahaya kurang dan satu lagi sensor RGB digunakan untuk menghasilkan perbezaan antara latar belakang dan objek sekaligus mampu menghasilkan efek bokeh yang kemas.


Huawei juga turut memperkenalkan model P10 Plus tahun ini. Bezanya dengan P10, model ini menggunakan teknologi sensor imej Leica terbaru iaitu Summilux f/1.8 berbanding Summarit f/2.2. Seperti yang diketahui, nilai aperture yang rendah menggambarkan sensor dibuka dengan lebih luas, maka cahaya yang masuk adalah lebih terang, menghasilkan gambar yang lebih cerah dan tajam.

Secara ringkasnya, Apple menggunakan fungsi ‘superposing’ daripada lensa sudut besar dan telephoto dalam menghasilkan ‘bokeh’ manakala Huawei menggunakan pendekatan kiraan algorithma yang lebih mendalam, maka ‘bokeh’ yang dihasilkan adalah lebih tajam.

Dwi Kamera: Huawei (Leica) VS iPhone 7 Plus. Mana Satu  Pilihan   Kalbu?

iPhone 7 Plus secara praktiknya lebih memfokuskan kepada penggunaan zoom supaya gambar jarak jauh tidak pecah. 

Manakala Huawei pula memfokuskan kepada gambar portrait yang dapat membezakan objek dengan latar belakang, maka pengguna dapat  mengubah focus sama ada kabur latar belakang atau kabur objek dihadapan.

Walau bagaimanapun, Huawei P10 menawarkan Hybrid Zoom dimana menggabungkan 4 jenis zoom seperti PDAF, CAF, Laser, dan Depth Auto Focus. Ini membuatkan gambar dihasilkan adalah lebih jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang. 

Jadi sangat sukar untuk kami mencari pemenang kerana kedua-dua peranti menggunakan dua teknologi yang berbeza. Namun jika dilihat daripada segi harga di pasaran, kami boleh katakan Huawei merupakan salah satu telefon pintar dengan keupayaan paling hebat ketika ini dengan harganya lebih murah berbanding iPhone 7 Plus. So…

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM
    https://swin888.blogspot.com/2017/09/winner-list-malaysia-independence-day.html

    BalasPadam
  2. Hallooo sobat Togelers yang hobi tebak angka atau nomor TOGEL atau permainan SBOBET yuk merapat bersama dengan kami bermain di AREATOTO selain togel kami menyediakan games sbobet, ibcbet dan sabung ayam juga lohh.. dengan proses mudah dan nyaman banget

    bermain bersama kami karna kepuasan member adalah prioritas utama kami. Dengan pelayanan 24jam dari kami dan proses cepat tidak sampai 1 menit kami sungguhkan untuk melayanin anda semua silahkan ya daftar dan bermain pin bb D61F44C2 silahkan..

    BalasPadam
  3. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Fairy Garden
    #LPE88 --->>> Azteca
    #JOKER123 --->>> Huga
    #GW99 ---->>> Aladdin
    #SKY777 -->>> Double Ultimate
    #sky99 --->>> God of wealth

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli