Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebab Banyak Baca Kisah Buruk Rumah Tangga Orang, Tanpa Sedar Diri Pun Terpengaruh, Sampai Suami Larang Bacanya Lagi

One Comment

Kita sering membanding-bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain yang mana ada sahaja benda baik buruk untuk dijadikan sebagai satu penanda aras yang harus dicapai. Dalam tanpa sedar kita sebenarnya telah membuatkan diri berfikiran negatif.

Ada baiknya juga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku kepada orang lain, agar diri tidak mengalami situasi yang sama.

Tapi, setiap kali kita membaca kisah rumah tangga orang lain khususnya, ia membuatkan kita menjadi pasangan yang berprasangka buruk dan sentiasa was-was terhadap suami/isteri.

Lama-kelamaan kita jadi semakin takut dan mula berfikir negative dengan membaca masalah oarng lain. Itulah yang dirasai sendiri oleh Pn Intan Dzulkefli yang mana dulunya dia suka mengikuti kisah rumah tangga orang lain, tetapi ia sedikit sebanyak membuatkan dirinya berubah.


Last year, saya pernah jadi follower tegar sebuah page di laman Facebook. Sampai satu masa saya jadi terlebih emo sebab terlalu beria membaca masalah-masalah rumahtangga orang lain.

Jenis saya, saya suka bercerita balik apa yang saya baca itu dengan suami. & ternyata suami saya tidak sukakan hal itu (sebab bila bercerita tentang kes suami bermasalah, hujung ayat saya akan warning dia jangan buat sebegitu).

Sehinggalah senyap-senyap rupanya suami saya unlike page itu & unfollow friends yang aktif di page itu kerana dia tidak sukakan pengaruh yang membaja dalam diri saya.

Dia juga pernah memberi teguran, yang saya masih terkesan.

Jangan terlalu ghairah memberi komen rumahtangga orang lain; seolah kita takkan diuji, sedangkan mungkin sahaja kita belum diuji. Tahajjud kita sahaja belum sempurna setiap malam, petanda begitulah kerdilnya kita ini.

Siapa kita mahu memberi komen rumahtangga orang lain sedang kita pun tidak pasti samada Allah sedang meredhai rumahtangga kita ataupun tidak.

Allahuakbar.


Tak tahulah orang lain, tetapi saya rasa hidup lebih okay tanpa membaca terlalu banyak masalah (read: negatif) & jujurnya pernah sampai jadi meragui suami. Astaghfirullah.

Seseorang yang dekat di hati saya selalu berpesan; jaga apa yang kita baca, sebab itulah yang akan membentuk pemikiran kita. Sekiranya seorang isteri tidak mahu suaminya berlaku curang, main perempuan, menipunya. Jangan pernah sekalipun membayangkannya. Bila asyik imagine yang buruk, sangka yang buruk, seolah kita meminta keburukan datang kepada kita.

Begitu jugalah dengan para ibu. Walau senakal mana anak, tak mahu study & sebagainya, jangan pernah imagine anak membesar jadi orang yang tidak baik. Sentiasa ucap, sangka & fikir yang baik untuk anak.

Ingat kan.. Allah itu menurut sangkaan para hambaNya.

Saya ingat seseorang yang saya kenal, semasa anaknya masih bersekolah memang sangat nakal, ponteng, tidak perform dalam bidang akademik mahupun sukan. Tetapi baru-baru ini jumpa semula masyaAllah dia menjadi insan yang baik akhlak & maju dalam bisnes. Bila ditanya, dia akan menjawab; "ini semua doa ibu saya yang tak pernah putus asa kepada Allah & kepada anaknya ini."

MasyaAllah.

Ibaratkanlah kita ini nukleus atau magnet. Bila yang dibaca, disangka, difikir, ditulis & diucap semuanya baik-baik, ia akan menarik kebaikan juga. InsyaAllah.

Tak percaya, kalau kita tengah emosi & asyik nak marah, waktu itu jugalah kita lihat anak-anak paling banyak ragamnya kan?

Saya menulis ini; pesan untuk diri sendiri juga.

Yang selalu khilaf & emo;
Intan Dzulkefli.

- Siakap Keli

BACA: Bolehkah Kongsikan Masalah Rumah Tangga Dalam Facebook? Ini Jawapan Dari Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini

    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 7 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) | pin bb : 58cd29

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli