Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Saya Akan Tengok Cerita Men In Black': Budak 9 Tahun Hantar Surat Pohon Jawatan Pegawai Pelindung Planet NASA

3 ulasan

Seorang budak berusia sembilan tahun memohon jawatan sebagai Pegawai Pertahanan Planet NASA selepas agensi angkasa itu membuat iklan jawatan itu di laman webnya baru-baru ini.

Jack Davis dari New Jersey menghantar surat permohonan kepada agensi berkenaan untuk menceritakan betapa dia berminat dengan jawatan tersebut.

"Saya mungkin baru berumur sembilan tahun tapi saya rasa saya layak untuk kerja itu," kata Davis yang menyifatkan dirinya sebagai 'Guardian of the Galaxy' menerusi satu surat bertulis kepada NASA.

Dia juga menyokong permohonannnya itu dengan berkata dia sudah melihat hampir kesemua filem angkasa dan makhluk asing.

"Saya dah tonton hampir semua filem angkasa dan makhluk asing. Saya juga sudah tonton rancangan Marvel Agents of Shield dan berharap agar dapat menonton Men In Black." tulis Davis.


Tidak disangka-sangka, surat dari Davis itu mendapat balasan dari NASA.

Pengarah bahagian sains planet NASA, James L. Green membalas surat dari Davis itu dengan berkata.

"Saya dengar awak seorang 'Guardian of the Galaxy' dan berminat untuk menjadi pegawai Pelindung Planet NASA. Itu bagus!"

Bagaimanapun, Green turut menjelaskan bahawa jawatan itu lebih kepada melindungi bumi dari makhluk-makhluk asing kecil yang dibawa dari bulan, asteroid dan Marikh.

Dengan kata lainnya, bukanlah makhluk asing seperti yang dilihat di dalam filem.

Dalam masa yang sama, Green turut mahu Davis belajar bersungguh-sungguh supaya dapat masuk NASA suatu hari nanti.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. AJO_QQ poker online terpercaya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli