Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tak Tahu Pun Dia Bubarkan Nikah, Saya Akan Beri Kenyataan Berdasarkan Fakta" - Hafiz Hamidun

No Comment

Penyanyi Hafiz Hamidun dikatakan tidak mengetahui mengenai tindakan isterinya, Joy Revfa  yang memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka di Mahkamah Rendah Syariah pada 18 Ogos lalu.

Menurutnya, dia yang juga ingin berbuat tindakan yang sama tetapi tidak dapat meneruskan tindakannya kerana Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin telah menghantar permohonan terlebih dahulu.

"Kehadiran saya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini bagi mengikut prosedur memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan, tetapi tidak dapat didaftar kerana berlaku pertindihan permohonan.


"Tanpa pengetahuan saya, dia (Joy) terlebih dulu memfailkan permohonan sama Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

"Mahkamah tidak boleh menerima dua permohonan daripada mahkamah berbeza," katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini

Penyanyi ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai permohonan yang dibuat Joy kerana tidak mahu mengganggu proses  mahkamah.

 Hafiz Hamidun memberitahu isu perkahwinannya yang tidak sah dengan Joy Revfa akan dijelaskan selepas segala urusan berkaitan mahkamah selesai.

Hafiz, 33, berkata, buat masa ini dia sedang mengumpulkan beberapa fakta berkaitan perkahwinan tersebut yang akan dijelaskan kepada umum.

"Seperti yang dipersetujui bersama, kami sebenarnya mahu menyelesaikan masalah ini secara baik tetapi nampaknya dia memulakan kenyataan umum menerusi sidang media.

"Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya akan memberi kenyataan selepas mendapat keputusan mahkamah. Kenyataan itu hanya berdasarkan fakta dan bukan emosi," akhirnya.

Sumber- Berita Harian Online 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli