Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saluran Air Ke Mesin Basuh Perlahan & Tersumbat, Ini Caranya Macam Mana Nak Baiki Agar Air Yang Masuk Kembali Laju

3 ulasan


Siapa sangka, mesin basuh yang kita selalu guna nak basuh baju, rupa-rupanya perlu dicuci juga. Lagi-lagi kalau dah lama sangat, banyak kotoran yang melekat pada mesin tersebut.

BACA: Tahukah Anda Mesin Basuh Anda Juga Perlu Dibasuh? Bagaimana? Ikuti 4 Langkah Mudah Ini

Bukan itu sahaja, ada ketikanya, walaupun dah bukak paip dengan kuat, air yang masuk ke dalam mesin basuh perlahan sangat-sangat. Kalau dah perlahan, maksudnya lambat penuh lah, nak buh pun jadi lambat.

Nak menghantar ke kedai, mesti susah, sebab kena angkat lagi, mesin basuh dah la berat, lepas tu kena ada kereta yang ruang besar pula tu nak masukkan mesin basuh ini.

Banyak kerja yang kena buat, hanya nak betulkan satu kerosakan itu saja.

Tapi, menerusi perkongsian dari Mazuan Lin ini, dia telah kongsikan akan langkah-langkah, dan cara bagaimana nak betulkan semula mesin basuh, agar saluran air yang tesumbat/rosak dapat dibetulkan kembali.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Air Masuk Perlahan Ke Mesin Basuh

Ni rupa air yang slow tu. Sebenarnya video ni panjang lagi tapi aku dah terpotong lak.

Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.

Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.

Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni. Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.

AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!

Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.

1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah.


2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.



3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.


4. Bukak skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.



5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.


6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.



7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.



8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja.



9. Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.


10. Hos air jangan lupa sambung pulak.



Wallaa.... lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.


- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  3. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di AJOQQ*COM agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli