Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sah! Barcelona Tandatangani Pemain Kedua Termahal Dunia Ousmane Dembele


Gergasi bola sepak La Liga dikatakan telah menandatangani penyerang muda Perancis, Ousmane Dembele, 20, yang juga antara bintang utama gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund. Barcelona dilaporkan bersetuju untuk membayar yuran perpindahan kepada Dourtmund yang boleh mencecah 147 juta Euros (135.5 juta pound). Dengan rekod yuran perpindahan ini, Dembele bakal menjadi pemain kedua termahal dunia dan pemain termahal Perancis dalam sejarah.

Untuk rekod, gelaran pemain termahal dunia ketika ini dipegang oleh Neymar yang menyertai Paris Saint-Germain dengan yurang perpindahan bernilai 200 juta pound. Manakala pemain termahal Perancis sebelum ini adalah Paul Pogba yang berhijrah ke Mancherster United pada harga 89 juta pound.

Walaubagaimanapun, Barcelona hanya membayar yuran permulaan sebanyak 105 juta Euros (96.8 juta pound), manakala bakinya dibayar dalam bentuk bonus. Dembele bersetuju untuk menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun dengan klausa perlepasan bernilai 400 juta pound. Langkah meletakkan klausa yang lebih tinggi adalah supaya peristiwa kehilangan Neymar tidak berulang lagi.

Tindakan Dembele yang tidak melaporkan diri dalam sesi latihan hingga digantung oleh pengurusan Dortmund dilihat lebih memudahkan urusan Barcelona untuk mendapatkan pemain tersebut. Dembele tidak diturunkan untuk beraksi bersama Dortmund sejak aksi Piala Super German membuka tirai liga pada 5 Ogos lalu.

Barcelona pernah membuat bidaan terhadap permain itu sebelum ini namun ditolak oleh Dortmund atas alasan harga ditawarkan “tidak setaraf dengan bakat bola sepak luar biasa dan nilai tambahan yang ditawarkan pemain itu serta situasi semasa pasaran perpindahan pemain Eropah”.

Kejayaan menandatangani Dembele melegakan sedikit keresahan yang dihadapi kem Barcelona ketika cubaan kali ketiga mereka membida bintang utama Liverpool, Philippe Countinho ditolak oleh kelab tersebut. Jika perpindahan tersebut berlaku, Barcelona bakal mencatakan satu lagi perpindahan saga bernilai 114 juta pound musim ini.

Liverpool sebelum ini telah kehilangan pemainnya, Luis Suarez yang berpindah ke Barcelona pada tahun 2014 pada harga 75 juta pound yang mana akhirnya kelab itu bergelut untuk bersaing sama ada di liga domestik mahupun di peringkat Eropah. 

Dembele musim lalu telah merekodkan 10 jaringan dan 21 bantuan gol bersama Dortmund ketika menjadi antara kunci utama kelab itu mara hingga ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Selain itu, mereka juga berjaya merangkul trofi Piala Jerman dalam liga domestik.

Dembele menyertai Dortmund pada tahun 2016 apabila berpindah dari kelab yang berpengkalan di Perancis, Rennes. Dembele telah membuat 7 penampilan bersama skuad utama Perancis dan telah menghasilkan satu gol ketika menang dalam perlawanan persahabatan menentang England Jun lalu.

Dia tidak dipilih menyertai skuad Perancis bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Belanda dan Luxembourg. Jurulatih Kebangsaan Perancis, Didier Deschamps pada Khamis lalu berkata “Ousmane tidak berlatih sejak dua minggu lalu dan dia masih menunggu sama ada perpindahannya menjadi kenyataan atau tidak”.

Sumber : BBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM
    https://swin888.blogspot.com/2017/09/winner-list-malaysia-independence-day.html

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli