Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saat Anakmu Menangis, Alihkan Pandangan Mereka Ke Langit, Untuk Buatkan Mereka Terdiam

No Comment


Setiap ibu bapa ada cara mereka tersendiri untuk membesarkan anak-anak, ianya selalu dikongsikan pada semua melalui media sosial, dan secara tidak langsung memebrikan idea yang baru kepada ibu bapa yang lain.

Mungkin cara yang digunakan dapat membantu masalah yang dihadapi, atau mungkin ianya sukar untuk diikuti, bergantung pada anak-anak itu juga.

Dalam pada itu, tidak salah sekiranya kita menyelitkan elemen keagamaan kepada anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh imam muda, Azhar Ghazali ini, yang mana jika berdoa, buatkan anak-anak dengar akannya, biar mereka tahu, kita sayang akannya.

1. Anak menangis, tunjuk ke arah langit

Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2. Beri anak masa untuk berhenti bermain

Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3. Hentikan anak dari bertelingkah

Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.


4. Fokus anak kepada akhirat

Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5. Nikmati saat nakal anak-anak

Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6. Seimbangkan masa dengan anak dan kerja

Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli