Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rambut Dipotong Tanpa Sedar, Misteri 'Tocang' Rambut Hilang Kini Hantui Wanita India

4 ulasan

Misteri rambut dipotong tanpa disedari semakin menjadi jadi di India. Insiden ini menyebabkan pihak polis berdepan kesukaran menyelesaikan misteri berkenaan.

Lebih 50 wanita di utara India mendakwa rambut mereka dipotong tanpa disedari dan menyebabkan mereka kini berada dalam keadaan trauma.


Menurut seorang suri rumah berasal dari Bhimgard Kheri, daerah Gurgaon, Sunita Devi, 35, terdapat cahaya kilat dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum rambutnya dipotong.

"Saya tidak boleh tidur dan buat apa-apa. Saya ada baca tentang insiden ini yang berlaku di Rahasthan dan tidak menyangka ia terjadi kepada saya pula," katanya.


Laporan misteri tukang gunting pertama kali dilaporkan awal Julai lalu di Rajasthan dan satu kejadian sama turut berlaku di Haryana dan New Dehli.

Jelas Sunita, pelakunya adalah seorang lelaki tua berpakaian warna cerah.

"Saya bersendirian di tingkat bawah rumah dan menantu serta cucunya berada di tingkat atas semasa serangan pada jam 9.30 malam itu," ujarnya.

Namun, jelas Sunita, keluarganya tidak mendengar atau melihat apa-apa ketika kejadian berlaku.


Sementara itu, tidak seberapa jauh, Asha Devi juga kehilangan rambutnya dalam serangan sama pada hari berikutnya namun, penyerangnya pada hari itu dilaporkan seorang wanita.

Jelas bapa mertua Asha Devi, Suraj Pal, setelah kejadian itu, dia menghantar Asha dan ahli keluarga yang lain di Pradesh.

"Mereka sangat takut selepas serangan itu, saya menyuruh mereka tinggal di sana beberapa minggu, ada ketakutan dalam masyarakat," katanya.

Menurut Pal, dia berada di rumah  ketika Asha Devi keluar untuk  menyelesaikan tugas rumah tangga sekitar jam 10 malam.

"Rambutnya dipotong dan dilemparkan ke lantai," katanya.

Katanya, Asha hanya sedar selepas satu jam dan memaklumkan, seorang wanita menyerangnya.

"Dia beritahu saya, semuanya berlaku kurang dari 10 saat," katanya

Jurucakap  polis Gurgaon, Ravinder Kumar berkata, aduan berkenaan sedang disiasat.

"Ini adalah kes pelik. Kami tidak menemui sebarang petunjuk pada unsur jenayah.

"Ujian perubatan mangsa juga tidak menunjukkan apa-apa yang tak normal," akhirnya.

Sumber- Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-ET

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami AJOQQ
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya. pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli