Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Orang Persoal Kenapa Boleh Lepaskan Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Nikah, JAIS Tampil Beri Penjelasan

2 ulasan

Berikutan kontroversi status pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dengan usahawan kosmetik Joy Revfa, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai kebenaran dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang meluluskan pernikahan mereka.

Pasangan kontroversi ini diberi kebenaran untuk bernikah setelah bekas suami Joy Revfa mengemukakan surat pengakuan mereka sudah bercerai pada 2015 lalu.


Menurut Pengarah Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, isu tersebut timbul apabila Datuk Ray Imran, bekas suami Joy gagal mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.

"Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

"Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan.

"Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami," katanya kepada BH Online.


Jelas Haris lagi, kemungkinan besar tindakan Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada 13 Julai lalu adalah atas nasihat pejabat agama di Songkhla.

"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.

"Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu," katanya sambil menambah jika Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.

Haris mengaku jika mengikut prosedur, dalam situasi itu, surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.

"Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri," katanya.

Sumber- Berita Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666

    - Scr888 ( Cherry Love )
    - sky777 ( Animal paradise )
    - Greatwall 99 ( Safari )
    - Lucky palace ( Golf )
    - Joker 123 ( Thunder God )
    - Sky99 ( Three Kingdom )

    #welcome Bonus 30 %
    #Refer Bonus 20 %
    #Daily Bonus 10 %

    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - We are 24 Hour Operator Service.
    - 100% Trusted since 2015.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli