Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Berpangkat Inspektor Ditahan Hanya Dengan Berseluar Dalam

3 ulasan

ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat inspektor telah ditahan di sebuah tandas wanita di pusat membeli-belah dekat sini dengan hanya berseluar dalam, tulis mStar.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Kedah pada Isnin.

Dalam kenyataan tersebut, polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki mencetuskan huru-hara di pusat membeli-belah tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin.

Sejurus tiba di pusat beli-belah itu, polis menahan lelaki tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat empat.

Hasil pemeriksaan lanjut terhadap beg milik lelaki itu, mendapati ia mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.

Menurut Asri, lelaki itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas ujian saringan air kencing telah dijalankan dan didapati positif 'methamphetamine'.

Sebuah video yang menjadi viral di Facebook pada Isnin, menunjukkan seorang wanita dalam keadaan marah bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya.

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu sedang merakam aksinya di dalam tandas.

Wanita itu masih belum membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

Sumber: mStar, FB PDRM Kedah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di AJOQQ
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 15 rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli