Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahu Selesaikan Ikut Undang-Undang Jepun, Pihak Vitti Lodge Minta Suspek Hubungi Segera, Setuju Suspek Baju Merah Tidak Bersalah


Kisah mengenai tiga individu yang dikatakan bertindak samseng ketika berada di salah sebuah rumah penginapan Jepun betul-betul membuatkan netizaen tidak putus-putus untuk berkata dan komen mengenainya.

Sehinggakan salah seorang dari tiga remaja terbabit ada memberi penjelasan, tapi, ia tidak begitu menyeluruh dan dilihat seperti menyalahkan staf penginapan Ema Vitti.

BACA: Pelancong Malaysia Dikatakan Bertindak 'Samseng' Pecahkan Dinding, Bergaduh Dan Berak Dalam Shower Hotel, Ini Video Penjelasan Beliau

Berikutan itu, salah seorang wakil dikenali sebagai Wan Iskandar telah mengeluarkan penjelasan yang lebih kepada menyelesaikan masalah yang ada berkaitan dengan ketiga-tiga individu tersebut, dan ia dilihat menamakan mereka sebagai ‘suspek’ kerana ingin melindungi ‘privacy’ mereka.

Ikuti penjelasan darinya ini.

KAMI MENCARI SUSPECT (容疑者) DARI MALAYSIA, MELAKUKAN KESALAHAN DI JEPUN. 

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Kesinambungan daripada post saya sebelum ni, saya akan update situasi, penyelesaian dan progress kami. Kami akan upload dan menceritakan kronologi dan full story selepas ini tapi buat masa sekarang. Kami hanya focus untuk menyelesaikan masalah

Pihak Utama Yang Terlibat (nama sebenar tidak digunakan. Kami ingin melindungi privacy beberapa orang selepas ini, dan ramai juga yang telah mengenali beberapa pihak

Suspect 1 – Merujuk kepada video, suspect yang melakukan kekerasan (bouryoku, 暴力) terhadap mangsa/staff penginapan

Suspect 2 – Merujuk kepada video, suspect yang menumbuk dan memecahkan dinding

Suspect 3 – Merujuk kepada video, Suspect yang berbaju merah.

Mangsa – Merujuk kepada video, Staff berbaju Biru, staff part time (baito) penginapan

Owner – Tuan kepada penginapan yang terlibat. Beliau juga yang membuat laporan pada polis Jepun, mengupload tentang perkara ini secara peribadi di laman social peribadi dan perniagaan beliau.

Tok Sheikh - partner to the owner of the accommodation Malaysian, and currently in Malaysia

Tuntutan

Daripada tuntutan 1 sehingga 5. Tuntutan 4 saya gugurkan, kerana hal ini tidak terlampau berkait dengan pihak mangsa, dan penginapan di Jepun ini tidak terlibat dengan perkara tentang tiket flight ini. Hal ini mungkin berkaitan kepada insiden ini secara tidak langsung terhadap mangsa.

Penyelesaian

Banyak perkara yang dilakukan oleh pihak netizen. Kami hargai. Namun kami nasihati untuk tidak go overboard. Daripada beberapa perbincangan antara suspect dan pihak owner; saya ringkaskan

Suspect 3 :
hanya mangsa di tempat keadaan. Kesalahan terbesar suspect hanyalah berada pada tempat yang salah dan waktu yang salah. Dan dari pandangan saya, berkawan dengan orang yang salah. Ada comment daripada netizen dan juga private message daripada kawan pada suspect yang mengatakan sememangnya dia tidak bersalah. 

Pihak kami dan penginapan bersetuju. Pihak accommodation juga baru menerima panggilan dariapada salah satu waris dia yang merekan akan berbincan dan menyelesaikan masalah ini.

Suspect 2 : Kesalah terbesar adalah menumbuk dinding. Suspect juga adalah antara yang terlibat sebelum ini, berkaitan dia terlepas flight, tiada wang dan ingin bekerja di Jepun. Suspect tersebut sudah pun menyesal dan menghubungi partner kepada owner (di Malaysia), dan pihak penginapan sedia memaafkan suspect sekiranya benar-benar ikhlas dan menyelesaikan pembayaran dan masalah. Juga sudah membuat bayaran sebanyak pendahuluan sebanyak RM200 kepada mangsa

Suspect 1:
Dinyatakan oleh Tok Sheikh di Malaysia, sudah contact dia. Tok Sheikh di Malaysia menasihatkan dia untuk tunggu sehingga pagi untuk membuat sebarang statement daripada dia. Tapi suspect sudah terlebih dahulu mengupload video live di facebook group Road to Japan, dan rata-ratanya saya lihat dan dikatakan kenalan saya, banyak terima kecaman. 

Dilihat juga ada membuat laporan polis (sumber tidak dikenal pasti). Tetapi pihak penginapan masih belum sudi memaafkan suspect 1. Tidak nampak keikhlasan, lebih kepada penafian dan menunding jari kepada mangsa. Pihak penginapan sendiri mempercayai mangsa tidak bersalah, dan suspect perlu lebih ikhlas betul-betul insaf, meminta maaf dengan betul2 ikhlas dan bertaubat. 

Tambahan lagi pada pendapat saya, menyelesaikan hutang terus (dilihat pada sikap beliau yang bermuka-muka, kerana beliau amat kasar dengan mangsa sepanjang menginap di sini tetapi amat baik di hadapan owner) dan saya yakin, beliau sebenarnya mampu untuk menyelesaikan dengan terus, Cuma beliau hanya mengelak dan tidak rasa serba salah. 

Tambahan lagi tiada Salinan pengenalan beliau pun diberikan kepada pihak penginapan, tidak seperti suspect 2 dan 3. Saya sendiri hanya mengetahui suspect 1 itu warganegara Thailand sebenarnya, berdasarkan laporan polis yang diberitahu, di buat suspect di Malaysia (sumber tidak dikenal pasti).


!!!!!URGENT!!!!!!TINDAKAN!!!!!!

1. Pada suspect, saya ingatkan lagi hubungi pihak penginapan, vitti, selesaikan dengan segera mengikut nasihat mereka. Pendapat saya, undang-undang di Jepun dan penguatkuasaan amat berbeza. Kes yang berlanjutkan tidak membantu sesiapa LEBIH-LEBIH LAGI pihak suspect.

2. Saya hargai tindakan netizen yang turut membantu, dari khabar angin banyak tindakan yang di ambil banyak pihak berwajib dan juga orang lain juga. Walaubagaimanapun, ada juga tindakan tidak bertangungjawab dan “go overboard” bagi saya. Sila elakkan untuk memalukan suspect, keluarga suspect, teman wanita ataupun lain2. 

Seperti yang saya tekankan, apa yang dikeji adalah perlakuan suspect, bukan suspect itu sendiri. Jika ada gambar warga Jepun (saya terlihat, langsung tiada kena mengena pun, kebetulan ambil gambar dengan mangsa) dengan segala hormatnya sila remove, hal ini kerana tiada kena mengena dan jika diketahui empunya gambar, melanggar privasi mereka dan boleh juga disabitkan kesalahan (terhadap mereka yang mengupload)

3. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih. Minta maaf juga ada kesilapan atau terlanjuran. Pos akan diupdate lagi pada waktu terdekat. Saya personally mempunyai tugasan pada hari ini, walaupun saya delay, masih perlu dilakukan. Perkara lain akan diuruskan pihak penginapan secara langsung, Bersama mangsa, dengan sokongan admin-admin lain group road to japan.

4. Mangsa amat menghargai segala penghargaan sokongan dan juga simpati terhadap dia. Mengucapkan terima kasih dan dia (dan pihak kami) sememangnya tidak terbaca kesemua komen2. Mangsa enggan untuk teruskan membaca pada awal pagi (semasa selepas subuh) kerana tidak mahu datang sifat riak pada diri nya. 

Harap maklum. Dia lebih kepada menjawab pertanyaan ataupun dihubungi keluarga, rakan terdekat dan pihak berwajib. Ibu bapa kepada mangsa juga sedang menunaikan Ibadah haji dan diharapkan orang ramai cukup mendoakan kesejahteraan dan dipermudahkan urusan ibadah ibubapanya, keluarganya dan dia sendiri. 

Beliau menolak segala derma atau sumbangan orang ramai. Pihak penginapan juga menolak sekeras-kerasnya. Cukup sekadar Suspect menyelesaikan hutang. (pada pendapat saya, dia hanya ingin cepat selesaikan masalah dan tidak mahu suspect terikat dengan dosa berhutang)

5. Sekali lagi saya tekankan. ELAKKAN UGUTAN, KECAMAN, CYBERBULLYING DAN LAIN-LAIN ditambah lagi kes diuruskan oleh polis Jepun dan diselesaikan mengikut undang-undang Jepun. 

Saya yakin boleh diselesaikan secara segera dan effisyen (pendapat saya boleh selesai je apabila persetujuan antara pihak penginapan dan suspect 1 tercapai. Dan Suspect 1 betul2 ikhlas, insaf, meminta maaf dan juga menyelesaikan bayaran). 

Bagaimanapun saya puji netizen dan rakyat Malaysia di atas keprihatinan, emphatic, ambil berat terhadap kes dan risikan yang sangat hebat! Mungkin boleh kalah pihak perisik Jepun. Lol? Dan menghiburkan kami dengan memes dan comment yang menarik. X pasal2 tiba2 ada gambar Luqman podolsky mne datang x tau.


6. Komen untuk post sebelum ni akan diberhentikan. Apa2 boleh diupdate pada post ini dan komen di bawah. Digalakkan untuk follow Facebook group Road To Japan dan Facebook group dan page accommodation, Vitti. Segala apa-apa akan diupdate secara langsung di situ. Saya mempunyai tugasan dan hanya akan kembali update selepas selesai tugasan

7. Newest update. Terdapat rakyat Malaysia yang sangat baik hati, berinisiatif sendiri membuat report polis yang berpihak pada kami tanpa diminta. Kami menghargai inisiatif dan terharu terhadap tindakkan beliau. Kokoro kara, arigatou gozaimasu.

8. Tidak lupa juga. Tujuan post rasmi dibuat dari pihak kami, adalah supaya pihak orang ramai dan viral media boleh refer kepada satu sumber yang asli, boleh dipercayai, dan story original. Tidak di twist dan di tokok tambah. Kerana perkara itu hanya akan mengeruhkan keadaan. Tambahan pula owner kepada penginapan tersebut masih kurang mahir berbahasa atau faham Bahasa Malaysia

9. Tidak kurang juga saya terhibur pada pihak2 yang sempat lagi mengiklankan pelbagai product menarik mereka pada post sebelum ni. Saya hanya boleh mengatakan yang saya punya post bertujuan untuk selesaikan masalah, bukan untuk menaguk air yang keruh atau mengambil kesempatan. 

Kalau macam ni nak kayo baik saya pun promote business saya kan? eloklah kita elakkan comment yang tidak berkaitan di comment, kerana ingin memudahkan mereka yang betul2 ingin tahu cerita sebenar, dan update di komen

10. Perniagaan masih berjalan seperti biasa di Vitti, Café dan Penginapan. Pada pihak media atau berwajib mahukan apa2, saya galakkan hubungi pada owner kepada Vitti dan datang direct pada beliau. Saya hanya sebagai moderator/pemudah cara. Cuma harap jika ada pihak yang datang supaya tidak menganggu perniagaan, urusan mahupun kehidupan seharian di situ

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  3. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  5. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli