Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peminjam Gesa PTPTN Untuk Hapuskan Caj Pentadbiran Yang Dikenakan

2 ulasan
Foto: nst

PEMINJAM yang disenarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggesa badan itu supaya menghapuskan caj pentadbiran hutang bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Peminjam yang disenarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggesa, caj pentadbiran hutang yang dikenakan, antara satu hingga tiga peratus dihapuskan oleh badan itu untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Bagi mereka, amalan itu dianggap seperti riba serta meningkatkan jumlah hutang sekiranya gagal membayar ansuran yang sepatutnya, lapor The Malaysian Insight.

Seorang doktor, iaitu Dr A Naomi, 40, masih belum dapat melangsaikan hutang sebanyak RM34,000, walaupun membayar RM350 sebulan kepada PTPTN selama 10 tahun sejak keluar universiti.

"Selain (bunga) yang dikenakan jadi faktor peminjam terbantut untuk bayar semula, komitmen tinggi termasuk pinjaman rumah, pinjaman kereta, cukai pendapatan dan kos sara hidup yang tinggi jadi punca saya tidak mampu bayar PTPTN", katanya

Tambahnya lagi, dia tidak bersetuju dengan kos pentadbiran kerana peminjam terbeban dengan bayaran bulanan, malah, dengan tiada kenaikan gaji, bagaimana hendak bayar?

Foto: themalaysiantimes

Perjanjian

Berdasarkan satu perjanjian yang ditandatangan, kadar bunga antara 1-3 peratus, akan dikenakan bergantung pada tahap pendidikan tinggi dan pertimbangan lain, selepas tempoh 6 bulan tamat pengajian.

Dr Naomi membayar bunga 3%, kadar yang beliau sifatkan tinggi bagi graduan baru yang baru pula memulakan kehidupan berkeluarga, di bawah perjanjian pinjamannya,

Bagaimanapun pada 2008, doktor haiwan ini memohon status pinjamannya ditukar dan sejak itu beliau dikenakan caj sebanyak 1%.

Gaji yang rendah

Disenaraihitam daripada ke luar, Arjunaidi Wan, 28, akur dengan tindakan itu kerana gaji yang rendah sebagai pembantu tadbir tidak memungkinkan beliau melangsaikan hutang itu segera, ditambah komitmen hidup yang tinggi.

Kos sara hidup yang meningkat menyebabkan ramai yang tidak mampu melangsaikan hutang pendidikan yang diberi PTPTN walaupun memperuntukkan ratusan ringgit sebulan .

“Bayar rumah, kos anak dan kereta sahaja hutang saya sudah mencecah dua ribu ringgit. Gaji saya juga rendah,” katanya.

Beliau mendedahkan kos pentadbiran atau bunga yang dibayarnya setakat ini berjumlah hampir satu perempat daripada jumlah pinjaman.

Apa yang dicadangkannya adalah, membatalkan kos pentadbiran atau bunga, dan peminjam cuma bayar jumlah yang dipinjam saja.

“Kos pentadbiran mengakibatkan jumlah pinjaman meningkat,” katanya.

Foto: harianmetro

Pinjaman kembali seperti asal

Dalam tempoh 2 tahun, pereka grafik, Nabil Saleh, membayar hutang pelajarannya hampir RM4,000, secara konsisten sejak tamat pengajian dan mula bekerja pada 2011.

Namun, akibat hilang pekerjaan pada 2014, ayah kepada dua anak ini mula tersangkut pembayarannya.

“Saya tidak bayar sejak tahun 2014 dan sehingga kini pinjaman saya kembali seperti asal iaitu RM15,000. Apa yang saya bayar itu tiada makna kerana kos pentadbiran yang bertambah setiap tahun.

“Kenapa begitu? PTPTN adalah tabung pendidikan, maka jangan amalkan riba. Ini saya baru mula bekerja beberapa bulan dan masih belum stabil,” katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Bayar lebih

Supaya tidak terbeban dengan kos pentadbiran, sesetengah peminjam terpaksa buat dua kerja.

“Saya membayar RM500 untuk pinjaman diploma RM15,000. Syukur untuk (ijazah) saya dapat kelas pertama dan ditukarkan kepada biasiswa,” kata seorang lagi peminjam, Dalilah.

Bekerja sebagai penulis sambilan untuk sebuah laman web bagi dapatkan duit tambahan, Dalilah bayar lebih daripada bayaran minimum RM350 sebulan kepada PTPTN.

“Tetapi apa pun saya sakit hati dan rasa tak patut dengan kos pentadbiran yang dikenakan agak tinggi. Walaupun kita bayar secara konsisten, hutang akan lambat langsai sebab PTPTN makan duit kos pentadbiran yang tinggi,” katanya.

Jelas Dalilah, beliau beruntung kerana dapat bayar lebih kerana komitmennya tidak terlalu tinggi sebab belum berkeluarga.

Lebih separuh daripada 622, 768 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara sejak 2010 merupakan peminjam PTPTN, dari Statistik Jabatan Imigresen.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam

  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli