Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pantang Dapat Bola Kat Tangannya, Pasti Gol," Siapakah Penjaring Berbisa Gol Negara Ini, Kini Jadi Bualan Rakyat Malaysia


Semalam merupakan detik bersejarah buat pasukan bola jaring negara selepas berjaya membenam musuh tradisi Singapura apabila berjaya memperoleh pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Nama-nama Norashikin Kamalzaman dan An Najwa menjadi buah mulut ramai apabila melihat keghiarahan mereka menjaringkan gol-gol pasukan negara tanpa belas terhadap pasukan lawan.

Nama-nama permain skuad Bola Jaring negara kini menjadi sebutan termasuk An Najwa Azizan yang dilihat salah seorang yang memainkan watak penting membolehkan pasukannya memperoleh mata akhir 65-41mengalahkan musuh tradisi negara itu.


An Najwa Azizan yang sudah menceburi sukan bola jaring sejak 2013, namun kerana kurangnya pendedahan media, ramai yang tidak berpeluang menyaksikan kehebatan An Najwa dan rakan-rakannya beraksi.

Semalam mata 32 juta rakyat Malaysia telah terpukau dengan aksi An Najwa sebagai penjaring utama atau Goal Shooter (GS) dan rakan-rakan yang mempamerkan aksi pantas di bahagian tengah, pantang dapat bola ke tangannya pasti akan menghasilkan gol.


An Najwa yang merupakan anak kepada Azizan Azmi iaitu bekas pemain ragbi negara ini telah dilahirkan pada 9 Ogos 1997 menyatakan beliau rasa puas dengan kejayaan berkeaan.

"Saya sangat bangga. Kami memang layak menerima kejayaan ini selepas 18 bulan berlatih, kerja keras, tanpa henti.

"Seperti yang saya cakap, setiap permainan adalah baharu. Dan apa yang lepas, biar lepas. Jadi saya ambil setiap perlawanan adalah sama. Tetapi saya akan mulakan dengan sesuatu yang segar.

"Mental dan fizikal sangat baik. Saya luahkan ketika permainan dan orang cakap saya tidak banyak senyum ketika perlawanan. Mungkin itu saya untuk fokus kepada permainan.

"Gugup tu memang ada, semua itu ada, mesti ada. Tetapi terlalu banyak tak bagus juga. Kami telah berlatih dan tak perlu takut apa-apa. Persiapan semua dah mantap," kata gadis berketinggian 178cm itu dipetik lapor mStar Online.





Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh, dan kini An Najwa sudah memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.

BACA: Siapakah 'Si Panjang" Tinggi 186cm, Gelagatnya Robek Gol Lawan Jadikan Beliau Ayam Tambatan Bola Jaring Malaysia

Apa yang menarik, beliau telah dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli