Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Pakai Inai, Tapi Tak Jumpa Daun Pokok Inai? Dengan 3 Bahan Ni, Dah Boleh Buat Inai, Mudah Je

2 ulasan

Dulu-dulu waktu kita kecil, pastinya pernah petik daun pokok inai, semata-mata nak buat inai, rajin jugalah menumbuk lumat daun tu, kadang-kadang sampai habis daun pokok, sampai kene kejar dengan opah sebab kerjakan pokok yang ditanamnya.

Lama-kelamaaan kita dah tak nampak pokok inai ni, yang mana orang sekarang banyak gunakan inai dalam paket, lebih mudah nak melukis di tangan.

Tapi, sebenarnya, kita boleh buat sendiri inai ni, yang uniknya tak perlu guna daun pokok inai pun, tapi hasilnya tetap merah menawan, macam yang dikongsikan oleh Rosiana Dian ni, tengok hasilnya boleh tahan juga.

Moh la kita tengok macam mana nk buat.

Inai Homemade

Hi semua...
Mak nak syer inai homemade yang mak buat siang tadi..
Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google...
Cuma.. resepi ni mak dapat dari kawan Mak.
Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai RM3..

3 Bahan-bahan asas

1. Kapur sireh/ kapur makan tu

Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan byk2 takut panas... kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.. Hehehe..

2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi). 

Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).

3. Pewarna makanan kaler ceri merah 

Ada yang pakei sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun... oren, purple, hijau, coklat ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau... tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.

Cara-cara bancuhan

Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau... Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

Alaaaaa... susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar... 

Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.

Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.. Hehehe...

1. Besor tu ja sabun mandi mak pakai. Dalam ukuran 2cm persegi. Hihihi..


Mak pakai sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah mak pakei sabun gemok.. Hehehe..
axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair. Mak parut pakei gunting jerk

2. Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang mak dah siap parut tadi.. 


3. Ini kapur sireh.. 


Boleh beli kat kedai runcit. Takpun try jengah kat dapor kome.. mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja. Hehehee

4. Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi... jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee..


5. Ini la pewarna makanan yang mak pakai. 


Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam RM2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke... hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi.... jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.

6. Bukan kapor kasut tau tau tau.. 


Ni haaaa.. kapor sireh atau dikenali sebagai kapor makan

7. Ni struktur bancuhan 3 bahan asas tadi..


8. Mak pakai putik kapas yang kecik tu haaa.. heheheee


9. Ni hasilnya... dapat se'tupperware kecik


Ni tangan kiri mak.. rasa kemas ja...


Dapat tangan kanan... fuhh jenuh.. comot.. sebab mak bukan lefthanded. Hihihiii
Tapi toksah bimbang. Bior comot terkena kulit pun, sebab yang kat kulit boleh hilang.. yang kat kuku ja kekal hingga kuku dipotong...

Ni hasilnya.. semoga terinspirasi buat uolls.. Mak buat ni sebab stok inai Mak dah abeh.. Inai dari Mekah tuari pun ilek... Dah la mak memang inai x putus dijari..
Sentiasa pengantin baru ler katakan.. hihikk..

Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar...
Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak.
Maka, terhasil laa inai moden nihh.. hehehe

Selamat mencuba.
Dah try nanti tunjuk Mak ehh.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli