Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mesti Anak-Anak Suka Kalau Dapat Buat Sendiri, Ini Caranya D.I.Y 'Play Dough', Lepas Ni Tak Payah Nak Beli Dah

2 ulasan

Kalau dah ada anak yang pandai untuk bermain atau bergurau, ia pasti buatkan kita seronok untuk tengok gelagat mereka, yang ada kalanya perkara kecil pun dah mampu buatkan kita sebagai ibu bapa tersenyum.

Mana taknya, kadang kala imaginasi mereka yang di luar kotak pemikiran, buat kita sedar yang anak-anak ini penuh dengan kejutan, sebab itulah kita nak berikan yang terbaik buat mereka.

Kalau sebelum ini kita selalu belikan mainan untuk mereka, seperti ‘play dough’, apa kata kali ini, kita buat untuk mereka pula, dan kalau anak-anak yang dah besar sikit, boleh buat sekali dengan mereka.

Macam mana pula nak buatnya? Jangan risau, saudara Amir Syahir dah kongsikan caranya, ikut sahaja ‘step by step’ yang ada ni. Jom kita tengok macam mana nak buat.

DIY Play Dough

Korang mesti tahu permainan play dough atau dipanggil doh mainan kan? Kalau dulu, kita selalu guna tanah liat atau nama lainnya plastisin.

Banyak kebaikan bermain play dough untuk kanak-kanak. Antaranya meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Boleh mengasah daya kreatif anak-anak. Boleh juga ajar anak-anak kenal huruf guna benda ni.

Sekaligus dapat tingkatkan kemahiran sosial, daya imaginatif dan kemampuan berbahasa. Yang paling penting dijamin selamat. Kalau anak korang termakan ke, tidak memudaratkan.

Sekarang ni aku cuba bagi doh Amsyar pegang pun bukan main suka Amsyar. Siap tarik-tarik doh tu. Salah satu yang menarik minatnya mungkin kerana warna doh yang berwarna-warni.

Untuk menjamin keselamatan anak-anak, lagi elok kalau korang buat play dough sendiri. Tidak memerlukan modal yang banyak. Cara buat pun senang.

Yang buat ni isteri gua untuk dia ajar dekat sekolah dia. Isteri gua ajar Pendidikan Khas. Dalam subjek Kemahiran Manipulatif. Bab ni memang dia terer. Dia mengajar anak-anak istimewa yang sangat memerlukan bimbingan untuk perkembangan psikomotor mereka.

Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang aku kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar dekat bawah.

Langkah-langkah :

1.
Gaulkan semua bahan.

2. Masak atas api yang kecil. Kacau sehingga masak. Kalau boleh gunakan periuk yang tidak melekat.

3. Angkat adunan dan sejukkan.

4. Uli sehingga sebati.

5. Simpan dalam bekas tertutup seperti plastik kedap udara. Lepas main, simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Supaya tahan lebih lama.

Kalau lepas uli tu rasa doh lembik, tambah tepung lagi dan terus uli. Tujuan masak doh ni supaya doh tahan lebih lama.

1. Bahan-bahan:


✔Satu Mangkuk Tepung Gandum
✔Dua Sudu Besar Minyak Masak
✔Satu Sudu Kecil Garam
✔Satu Sudu Besar Krim Tartar
✔Satu Cawan Air
✔Sedikit Pewarna

2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 


Jika nak buat warna merah. Masukkan perwarna berwarna merah

3. Masak atas api yang kecil. Kacau sehingga masak. 


Nak tahu dah masak? Adunan dah pekat. Kalau boleh gunakan periuk yang tidak melekat. Tujuan masak doh ni supaya doh tahan lebih lama.

4. Angkat adunan dan sejukkan. Uli sehingga sebati. 


Kalau lepas uli tu rasa doh lembik, tambah tepung lagi dan terus uli.

Hasil karya anak-anak istimewa.

Hasil karya anak-anak istimewa

Aku tengok harga play dough yang berkualiti sikit ni dekat RM17.

Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. Dah jimat tak perlu beli dah. Jimat RM17 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Kah!

SHARE l TAG isteri korang. Moga manfaat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli