Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Cuba Rakam Lelaki Lain Sedang 'Lepas Hajat' Kena Cekup, Kantoi Telefon Penuh Klip Video Lelaki Tidak Dikenali Dirakamnya


Seorang lelaki tidak menyangka jeritan seseorang di dalam tandas membawa kepada tertangkapnya seorang lelaki yang dikatakan cuba merakam 'kaum sejenisnya' yang sedang membuang hajat di The Mines, Seri Kembangan, Jumaat lalu, lapor mStar Online.

Menurut Mazrul Hisham, Mazrul Hisham, 44, berkongsi detik cemas tersebut ketika dia singgah ke tandas berkenaan sebelum bersiap untuk ke surau menunaikan solat asar.

Lelaki yang berjaya ditangkap itu merupakan pelajar sebuah universiti tempatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kerana sikap songsangnya itu.

"Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5 petang semalam (Jumaat) di Mines. Selepas solat Asar saya dengar ada orang menjerit di tandas lelaki.

"Saya terus ke sana dan melihat seorang staf Celebrity Fitness sedang memegang seorang lelaki.

"Dia ternampak seseorang menghulurkan telefon bimbit ke dalam tandas dari atas sebelum merentap telefon tersebut dan menahan individu berkenaan."

"Rupanya kantoi merakam di tandas dengan telefon bimbit. Kami terus bawa dia (suspek) ke pejabat pengawal keselamatan.

"Pada mulanya kami mahu lepas sahaja, sebabkan kasihan. Tetapi apabila melihat klip-klip video dalam 'handphone'nya tu, terus kami hubungi polis," jelas Mazrul kepada mStar Online.

Menurut beliau lagi, tujuan beliau memuatnaik status itu bukanlah untuk memalukan sesiapa, tetpai sebagai peringatan kepada semua orang di luar sana.

"Saya 'cuak' juga kot-kot klip turut rakam saya di tandas tu sebab sebelum kejadian, lebih kurang 15 minit saya masuk ke situ.

"Nasib baik 'takde'. Cuma saya malu melihat pelbagai adegan dalam handphone tu. Malah bukan di tandas itu sahaja di tempat lain pun dia buat hal.

"Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan. Lebih-lebih lagi suspek ni merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti berdekatan.

"Kami serahkan kes ini kepada polis sahaja," ujarnya.

Mazrul dalam pada itu berharap jika ada kejadian seperti ini lagi, tindakan tegas perlu diambil kerana melibatkan maruah seseorang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. AJO_QQ poker online terpercaya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli