Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Kasih Cik Ah Kepada Tuannya' - 'Lembu Manja Peluk Tuan' Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini


Siapa kata haiwan ternakan tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap tuannya?

Foto seorang wanita warga emas dipeluk oleh lembu belaannya menjadi viral selepas dimuatnaik di Facebook.

Wanita warga emas itu adalah Faridah Lebai Abdullah, 61, manakala lembu ternakannya itu dikenali sebagai Cik Ah.

Cik Ah dilahirkan pada November tahun lalu namun ia bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.


Anak Faridah, Norgariza Saadin, 28, berkata kemesraan mula timbul selepas dia dan emaknya melihat sendiri Cik Ah dilahirkan.

Katanya, sebelum ini tugas menjaga kesemua sembilan ekor lembu milik keluarganya itu adalah di bawah tanggungjawab Allahyarham bapanya, Saadin Kasa namun selepas pemergian ayahnya pada 30 Ogos 2015, emak mengambil alih peranan tersebut.

Cik Ah dilahirkan di depan mata kami sendiri dan memang seekor lembu yang manja. Kami menjaga Cik Ah di dalam kawasan rumah sahaja dan mengajarnya bermain seperti kucing dengan menyentuh lembut di bawah tengkuknya dan bagi lembu itu jilat tangan.

Walaupun sayangkan Cik Ah tetapi emak tetap berhasrat untuk korbankannya pada Hari Raya Aidiladha ini. Biasanya kalau upacara korban, emak takkan tengok, pegang apatah lagi makan daging lembu korban tersebut,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sebelum ini, foto keakraban Cik Ah dan Faridah dimuat naik di Facebook oleh menantunya, Mohd Zaidi Desa.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | AJOQQ | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar| pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli