Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-kanak 12 Tahun Lahirkan Anak Dan Membuangnya Dalam Semak

3 ulasan

Seorang ibu muda berusia 12 tahun telah membuang bayi perempuannya ke dalam semak di China pada jumaat lalu.

Bayi itu kini berada di hospital dan berada dalam keadaan sihat.

Polis tempatan mengesahkan, ibu bayi berkenaan adalah seorang pelajar sekolah rendah dikenali sebagai Xiao Min dan tinggal bersama datuk dan neneknya dan hanya berjumpa dengan ibu bapanya yang bekerja di bandar lain sekali dalam setahun.



Bayi tersebut di temui di Yibin, Nanxi  sebuah bandar di wilayah Sinchuan  pada malam 11 Ogos lalu, berdasarkan laporan laman web The Paper.

Dia dijumpai di dalam semak bersebelah sebuah jambatan dan segera dikejarkan ke Hospital Perubatan tradisional China Nanxi untuk pemeriksaan kesihatan.



Sementara itu, memetik Metro.uk, pada hari bayi baru ditemui, nenek kanak-kanak itu berkata, cucunya telah berasa tidak sihat dan dia memutuskan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketika dalam perjalanan, gadis itu meminta untuk menggunakan tandas dan kemudian menghilang di sebalik semak berhampiran jambatan selama 30 minit.

Apabila dia kembali, mereka terus ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Pada masa tersebut, penyiasat percaya bayi itu dilahirkan dan kemudian ditinggalkan.

Doktor berkata bayi dilahirkan secara pramatang dan dalam keadaan sangat lemah ketika tiba di hospital namun tidak mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan kelahiran lain yang dapat dikenalpasti.


Guru dan neneknya tidak menyedari kanak-kanak itu mengandung, katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui bapa kepada kanak-kanak itu.

Bayi itu dipindahkan ke Hospital Yibin pada 14 Ogos lalu dan akan diserahkan kepada rumah anak yatim selepas keadaanya stabil.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam

  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli