Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Terpengaruh Dengan 'Prank Bodoh' Di Internet, Kanak-Kanak 11 Tahun Melecur Teruk Sehingga Kulit Muka Tertanggal


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melecur tahap dua selepas disimbah dengan air panas oleh rakannya, hingga ada kulit mukanya yang tertanggal.

Pihak penyiasat berkata, insiden tersebut mungkin berlaku disebabkan satu 'trend' terbaru di Facebook yang dikenali sebagai cabaran air panas di mana ada yang menganggapnya sebagai prank bodoh.

Kejadian berlaku ketika Jamoneisha Merritt bermalam di rumah rakannya, yang mana rakannya itu mengambil air panas yang mendidih dan menuangnya ke dalam cawan.

Yolanda Richardson yang juga sepupu kepada Jamoneisha berkata, Jamoneisha dan rakannya itu bergaduh, dan sekiranya Jamoneisha bermalam di rumah rakannya itu, dia (rakannya) akan lakukan sesuatu kepadanya.

Insiden itu berlaku ketika Jamoneisha sedang tidur, bila mana kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu menyimbah air panas ke atasnya, menurut pihak polis.

Dia terjaga dari tidur sejurus selepas itu, dan menjerit dengan menyatakan ia ‘terbakar’.

Disebabkan simbahan air panas itu bahagian atas badan Jamoneisha, termasuk muka, belakang, bahu, leher dan dada melecur teruk.

Menurut keluarganya, dia dalam keadaan sakit dan beremosi, sehingga tidak sanggup untuk menunjukan tahap melecur yang dihadapinya.

Jamoneisha juga takut dan keliru dengan tindakan mereka yang dianggapnya sebagai kawan-kawan.



Berikut adalah video prank tidak masuk akal dan dianggap bodoh oleh masyarakat yang telah menyebabkan 'mangsa' menerima akibat yang teruk. 




- Siakapkeli.my

Sumber: NBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli