Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jejaka Finland & Scotland Hantar Resume Cuba Pikat Datuk Vida


PETALING JAYA: Ramai jejaka cuba nasib untuk memikat hati usahawan selebriti Datuk Seri Hasmiza Othman, selepas secara terbuka bercerita mengenai soal cinta setelah tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan.

Sehingga hari ini sekurang-kurangnya 50 resume diterima menerusi kiriman emel daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya, kata Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Vida, tulis mStar.

Apa yang membuatkannya lebih menarik, resume yang diterima bukan sahaja dalam kalangan rakyat tempatan, tetapi juga dari luar negara termasuk Finland dan Scotland.

"Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta," katanya dalam nada berseloroh.

Walau begitu, individu yang mahu menjadi calon suaminya perlulah bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah, kata Vida.

"Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

"Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu," katanya.

Lelaki tersebut juga perlulah setia, amanah, jujur, beriman, penyayang dan paling penting boleh membahagiakan dirinya dan juga anak-anak, tambah Vida lagi.

"Saya kini lebih berhati-hati selepas gagal tiga kali dalam perkahwinan. Buat masa ini belum ada pengganti tapi andai bertemu semula jodoh dan dia wajib seorang yang beriman, amanah, jujur dan penyayang," katanya.

Usahawan berusia 46 tahun itu sah bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin di Mahkamah Syariah, Ipoh pada 7 April lalu.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata rumah tangganya tidak dapat diselamatkan kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu.

Sumber: mStar

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli