Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Senarai Semua Lokasi Acara-Acara Dan Tarikh Perlawanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

2 ulasan

Acara sukan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, akan dirasmikan dalam beberapa hari lagi, walaupun beberapa acara sukan telah berlangsung, seperti bola sepak, serta bola jarring.

Sukan SEA ke-29 menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah pada tahun ini, dan ianya secara tidak langsung merupakan kali ke-6 Malaysia sebagai tuan rumah.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti kita tidak ingin terlepas peluang dalam memberi sokongan kepada atlet yang akan berjuang membawa semangat ‘Bangkit Bersama’ sepanjang Sukan SEA berlangsung.

Mungkin hanya ada segelintir sahaja yang tahu akan lokasi di mana setiap acara berlangsung, buat mereka yang masih tercari-cari, saudara Shairy Hanapiah telah kongsikan secara menyeluruh akan tempat yang dipilih sebagai gelanggang bagi setiap acara.

Jom kita lihat di mana lokasi tersebut, supaya kita tidak terlepas untuk memberi sokongan.


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sukan SEA yang ke 29 bermula dari 19hb Ogos sehingga 30hb Ogos 2017. Ia merupakan satu kejohanan sukan dwitahunan yang dinantikan oleh seluruh penduduk negara-negara Asia Tenggara.

Malaysia telah diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebelum ini sebanyak 5 kali pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan kali terakhir pada 2001, di mana kita telah menjadi juara keseluruhan dengan pencapaian 111 pingat emas. Kali ini, Kuala Lumpur 2017 merupakan kali keenam, Malaysia dipertanggungjawabkan sebagai penganjur kepada acara kejohanan yang hebat ini.

Mari kita saksikan dan ketahui lokasi-lokasi yang telah dipilih sebagai gelanggang bagi setiap acara yang akan berlangsung di sepanjang kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jadual perlawanan hari ini.


Jadul bermula hari ini sehingga hari penutup.

Lokasi, boleh rujuk di bawah.

1. KUALA LUMPUR

i. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

• Hall 1 - Karate / Taekwondo
• Hall 2 - Silat
• Hall 4 - Billiard & Snooker
• Hall 5 - Judo / Wushu


ii. MiTEC, Jalan Duta



• Hall 3 - Angkat berat
• Hall 4 - Hockey Indoor
• Hall 6 - Lawan pedang
• Hall 7 - Ping pong
• Hall 8 - Muay
• Hall 9 - Gymnastic artistic & rhythmic
• Hall 10 - Gymnastic artistic & rhythmic

iii. Kuala Lumpur Sport City, Bukit Jalil

• Stadium Nasional - Majlis Pembukaan / Majlis Penutupan / Olahraga


• Axiata Arena - Badminton


• Stadium Hoki Nasional - Hoki


• Padang Turf Sintetik MSN- Memanah
• Pusat Akuatik Nasional - Terjun / Renang / Renang berirama / Polo air


iv. Stadium MABA, Jalan Hang Jebat

• Bola tampar


v. Pusat Lawn Bowl Nasional, Bukit Kiara

• Lawn bowl

vi. Stadium Juara, Bukit Kiara

• Bola jaring


vii. Arena Petanque, Taman Maluri

• Petanque

viii. Pusat Squash Nasional, Jalan Duta / The Raintree Club of KL, Jalan Ampang Hilir

• Squash


ix. Stadium Titiwangsa

• Sepak takraw

x. Stadium Arena Universiti Malaya / Stadium Nasional Bukit Jalil

• Bola sepak


xi. Royal Selangor Polo Club, Jalan Ampang Hilir

• Polo

2. PUTRAJAYA

i. Kompleks Sukan Air, Presint 6

• Open water / Water ski / Wakeboard


ii. Pusat Ekuestrian Putrajaya

• Polo

iii. Dataran Kehakiman, Presint 3

• Marathon

iv. Jalan sekitar Putrajaya / Nilai

• Lumba basikal lebuhraya

3. NILAI, NEGERI SEMBILAN

i. Velodrom Nasional

• Berbasikal trek


ii. Arena BMX Nasional

• Berbasikal BMX

4. SELANGOR

i. Oval Kinrara, Puchong

• Kriket

ii. Sunway Pyramid, Petaling Jaya

• Bowling


iii. The Mines Resort & Golf Club

• Golf

iv. Stadium MBPJ, Petaling Jaya

• Ragbi

v. Pusat Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, Subang

• Menembak

vi. Empire City, Damansara Perdana

• Hoki ais
• Luncur ais (Figure skating / Short track speed skating)


vii. Stadium Shah Alam / Stadium Selayang / Stadium UiTM

• Bola sepak


viii. Kompleks Sukan Nasional Panasonic, Shah Alam

• Futsal

ix. 3Q Equestrian Centre, Rawang

• Equestrian (Dressage / Show jumping)



5. PULAU LANGKAWI, KEDAH

i. Pusat Pelayaran Kebangsaan

• Kapal layar

6. TERENGGANU

i. International Endurance Park

• Equestrian (Endurance)


Marilah kita beramai-ramai memenuhkan lokasi tersebut dan berikan sokongan padu kepada skuad negara kita. Acara ini hanya 2 tahun sekali dan kini kita menjadi tuan rumah. Jangan lepaskan peluang ini. Supaya sasaran kita untuk menjadi juara keseluruhan sekali lagi tercapai.

Majulah sukan untuk negara.

Shairy Hanapiah
Suka tengok skuad hoki negara

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. Msia vs Brunei bagi equestrian polo memang takda live ke?? kalau ada, boleh bagitau channel astro berapa??

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli