Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebahagian Jambatan Pulau Pinang Ditutup Setahun Bermula 22 Ogos Untuk Kerja-Kerja Penyelenggaraan


Jambatan Pulau Pinang akan ditutup selama setahun untuk kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual jambatan, yang akan dilakukan secara berkala.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad, penutupan lorong dan lencongan trafik akan dilaksanakan bermula 22 Ogos tahun ini sehingga 21 Ogos 2018.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut adalah antara kerja-kerja berjadual.

"Ia dilaksanakan bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai", katanya.

Kabel merupakan elemen utama bagi Jambatan Pulau Pinang, dan ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu yang telah ditetapkan iaitu setiap 4 tahun.

"Penutupan melibatkan Laluan Arah Timur (Pulau Pinang ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi 6 bulan yang berikutnya", jelas Fuad.

Justeru itu PLUS menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan, supaya menggunakan alternatif lain seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Atau pun boleh menggunakan perkhidmatan feri untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa dalam tempoh tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, orang ramai boleh melayari Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile App atau pun aplikasi Waza dan Google Maps. - Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli