Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ingatkan Tengah Minum Air,Rupanya Makan Maggi", Lelaki Kongsi Kisah Sedih Remaja Makan Mi Segera Dalam Gayung

2 ulasan

Sebuah perkongsian di Facebook mengenai kisah seorang remaja yang makan mi segera dalam gayung plastik di Masjid Besar, Pasir Puteh, Kelantan menyentuh hati rata-rata netizen di Facebook.

Insiden yang berlaku di Kelantan itu dikongsi oleh Raja Shamri Raja Husin yang merupakan pengasas pertubuhan bukan kerjaan (NGO) ThirdForce baru-baru ini.

Jelas Raja Shamri, pengalaman berkenaan dikongsi oleh seorang sukarelawan ThirdForce yang dikenali sebagai Adi semasa dia ke Masjid berkenaan untuk menunaikan solat asar.

Kepayahan hidup yang dilalui oleh remaja tersebut menggambarkan hakikat sebenar kehidupan golongan rakyat 'terbawah' di negara ini.

Mari ikuti perkongsian dari Facebook Raja Shamri yang pasti akan meruntun hati yang membacanya.

HAKIKAT KEHIDUPAN RAKYAT TERBAWAH : SEBUAH PERKONGSIAN

Selesai solat asar di masjid besar pasir puteh , sambil berjalan di tepi masjid tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki sedang duduk sambil minum air dalam bekas plastik kolah masjid..
Ingatkan minum air, rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas itu. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah ja. Dia diam sambil tertunduk..
hmmm tak apa lah.

Saya tanya dah makan nasi ke belum..jawapnya tak makan lagi dari pagi masa sesi persekolahan lagi.. ntah dia dapat maggi dari mana pun saya tak tahu .. katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ di sediakan mesin air sejuk dan panas...
dia ambil bekas plastik / gayung kolah untuk masak maggi menggunakan mesin air panas yg tersedia..

Masa makan maggi walaupun panas dia tetap hirup meggie kuah itu. Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini..sebelum meninggalkannya, Saya tinggalkan 10 ringgit buat dia beli nasi bawa balik rumah. Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu.
katanya dia anak sulung daripada 4 adik beradik dari keluarga susah ..

Sempat beri nasihat supaya jadi anak yang baik-baik dan Belajar bersungguh sungguh sehingga jadi orang yang berjaya... Seperti yang selalu abagraja pesan ... JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK!

Saya Adi
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan.
23 Ogos 2017

Sumber- Raja Shamri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  2. SWIN888 MERDEKA PROMOTION LUCKY DRAW NEW GAMES
    SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.
    Wechat / whatsapp
    013-302-6666
    Swin888.blogspot.com
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/ TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.
    https://www.youtube.com/watch?v=7zdYogivLlw&t=4s

    #scr888 #swin888 #lpe88 #joker123 #sky777 #sky99
    #rich96 #malaysia #sabah #slotgames #sky3888
    #ace333 #leocity #spadegaming #sportbook #seagames
    #kl2017 #zizanrazak #igmalaysia #fbmalaysia #malaysian

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli