Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muka Anak 'Terlalu Hensem', Wanita Kecewa Selepas Tahu Dia Sebenarnya Jaga Anak Orang Lain Selama 28 Tahun



Seorang wanita kecewa selepas mengetahui dia sebenarnya menjaga anak orang selepas 28 tahun lamanya.

Wanita tersebut percaya kesilapan itu terjadi kerana pihak hospital menyerahkan bayi yang salah selepas dia melahirkan anak.

Wanita bernama Zhang itu mengetahui perkara tersebut selepas dia dan bekas suami membuat ujian DNA kerana tidak faham mengapa anak lelakinya itu terlalu hensem (berbanding dirinya dan suami).

Malah, rumah tangga Zhang juga bergolak disebabkan 'anak mereka terlalu hensem'.

Zhang memberitahu portal berita Kan Kan: "Anak saya mempunyai mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidaklah hensem sangat dan sangat lain rupanya dengan anak saya."

Ibu itu berkata sejak anaknya lahir, rakan dan keluarga selalu mempersoalkan mengapa anaknya itu sangat hensem dan bagaimana mereka boleh melahirkan anak dengan muka yang sangat berbeza.

Soalan itu menghantaui Zhang dan suaminya sehingga menyebabkan mereka bercerai pada 2004.

Pada 2011, bekas suami Zhang meminta agar Zhang dan anaknya itu melakukan ujian DNA.

Hasil ujian mendapati kedua-dua mereka langsung tidak mempunyai kaitan dengan anak mereka itu.

Kerana tidak berpuas hati, mereka lagi sekali membuat ujian DNA pada 2016 namun hasilnya tetap sama.

Anak pasangan itu yang dikenali sebagai Wang Ye berkata: "Saya masih tak boleh percaya. Kami sudah lama hidup bersama. Saya tak boleh terima fakta itu."

Dalam pada itu, Wang berkata dia mahu menyaman hospital terbabit selepas memberikan dirinya kepada ibu bapa yang salah 28 tahun lalu. Dalam masa yang sama, ibu bapa wang mahu mencari anaknya yang sebenar.

Foto yang memaparkan Wang sejurus selepas dilahirkan dan dua bulan kemudian.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. terlalu hensem hoho...dia buat dna risau isterinya ada fair barangkali

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli