Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bapa Kena Ambil Tahu, Doktor Ini Ajar Cara & Bila Masa Sesuai Untuk Masukkan Ubat Demam Ke Dalam Dubur Anak

4 ulasan

Anak-anak merupakan permata hati ibu bapa, yang mana akan cuba berikan yang terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi jika anak-anak sakit, segala tumpuan dan perhatian akan dikhususkan untuk mereka.

Kalau anak kecil demam dengan suhu yang tinggi, pihak klinik, hospital atau doktor akan memberikan satu jenis ubat, di mana ianya perlu dimasukkan ke dalam dubur anak kecil untuk menurunkan demam mereka.

Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar, ibu bapa perlu tahu akan masa yang sesuai untuk memasukkan ubat ini ke dalam dubur anak.

Mari kita baca penjelasan darinya.


Suppositories

Ubat masuk punggung / Ubat peluru / Supp....ini semua ubat yg sama kategori di panggil SUPPOSITORIES.

Suppositories berbentuk torpedo/ peluru, punyai tekstur ala lilin, di masukkan ke dalam rectum melalui anus( lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair ( suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni aku nak fokus pada ubat suppositories utk DEMAM & PENAHAN SAKIT( pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat suppositories untuk Demam / Painkiller, iaitu:

1- Paracetamol, PCM ( acetaminophen)
2- Diclofenac sodium ( voltaren)

Bila nak guna ubat Supp ini?

Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair. Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:

a. Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.

b. Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?

Jawapan aku, dua-dua bagus. Satu kajian randomized control trials ada dibuat pada tahun 2013 membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam. 

Didapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu ( lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dlm menurunkan suhu demam.

So, nak pilih yang mana satu?

PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM utk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak.

Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ ulcer dalam perut.


Bila nak guna Supp Voltaren?

- dalam kes allergic PCM.
- kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?

Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yg boleh menurunkan suhu demam, kedua duanya boleh digunakan as painkiller (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh).

Supp Voltaren ada extra fungsi as anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak kanak.

Apa yg wajib tahu?

a. Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun. Dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.

b. Supp PCM tak boleh digunakan untuk baby bawah 6 bulan.

c. Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

Dos penggunaan

Sebenarnya kena kira berat badan kanak kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi -


a. Supp PCM 125mg:

- 6 bulan - 3 tahun ( 8kg - 14kg) : Sebiji supp
- 4 tahun - 5 tahun ( 16kg - 18kg): Dua biji supp


b. Supp PCM 250mg:

- 5tahun - 8 tahun ( 18kg - 25kg) : Sebiji supp
- 9 tahun - 12 tahun ( 28- 40kg) : 2 biji supp

Kedua dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali / 24jam.

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 - 2mg/kg berat badan. 

So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari. 

Kanak kanak yg lebih besar/ tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

*** Untuk exact dose ubat dalam kes paediatrik, rujuk doktor anda. Dos yang aku tulis ni hanya sebagai rough guidelines sahaja.

Cara nak masukkan ubat

a. Ubat supp di masukkan ke dalam rectum melalui dubur. Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada). 

b. Lembabkan ubat supp dengan vaselin or minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan. Lepas masukkan ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat tu menyerap. 

c. Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama di masukkan ( tak perlu tunggu lama), ruang dlm rectum cukup besar utk tampung 2 suppositories.

- Siakap Keli

BACA: Masuk Dalam Bubur Atau Dalam Dubur, Lepas Ini Jangan Tersilap Pula, Ini Apa Yang Ibu Bapa Harus Tahu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Gabung yuk di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  4. Pagi semua nya hanya di ARENADOMINO dengan BONUS ROLINGAN 0,5 % dan BONUS REFFERAL 20 % ingin mengajak anda semua pecinta games poker untuk bermain disini permainan fairplay menanti anda semua dan 100% no robot player vs player yuk silahkan langsung bermain dengan kami proses mudah cepat dan nyaman jika kesulitan dalam pendaftaran dapat juga dibantu ya bisa dari live chat ataupun dari bbm D8EBAA7C silahkan .. link daftar : http://arenadomino.org/app/Default0.aspx?ref=dominobandar88&lang=id

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli