Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hafiz Hamidun Meragui Pernikahan Mereka, Joy Revfa Failkan Permohonan Pembubaran Nikah

No Comment

Pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa sekali lagi memberi 'kejutan' apabila dilihat berada di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini  pagi ini bagi memfailkan permohonan pembubaran pernikahan mereka.

Menurut Siti Arifah Amin, 30 atau lebih mesra di sapa sebagai Joy Revfa, tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah adalah di atas dorongan tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka. Tindakan tersebut di ambil atas hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.

"Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

"Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.


"Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah," katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, hari ini.

Jelas Joy, selepas mendakwa pernikahan mereka tidak sah, Hafiz Hamidun tidak lagi menganggap dirinya sebagai isteri.

"Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita," katanya.

Tambah Joy lagi, dia tidak menahu sebarang konspirasi dan agenda di sebalik tindakan Hafiz Hamidun.


Dalam pada masa yang sama, penyanyi Hafiz Hamidun juga turut berada di perkarangan mahkamah seawal jam 9 pagi. Difahamkan, Hafiz juga memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka.

Pasangan ini dinikahkan pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz, Shah Alam.

Sumber- Berita Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli